AZAM 2021 – PU ABU HARAP MENJADI LEBIH BAIK, TIADA LAGI KONTROVERSI YANG VIRAL

Pasti ada diantara kita yang akan cuba meletakkan matlamat dan azam yang ingin dicapai setiap tahun, setiap kali tibanya tahu baru. Begitu jugalah dengan pendakwah bebas, Pencetus Ummah (PU) Abu Sufyan yang berharap agar kedatangan tahun baru esok akan menjadikan dirinya seorang insan yang lebih baik.

Bahkan, katanya sebolehnya dia enggan lagi terpalit dengan segala kontroversi yang pernah mengaitkan namanya seperti yang terjadi dalam kehidupan rumah tangganya pada tahun mendatangkan.

“Moga momment ini menjadi titik permulaan buat aku untuk jadi insan yang lebih baik pada tahun 2021 yang bakal menjelang tiba nanti. Azam dan nekad aku untuk jadi seorang lelaki yang soleh, ayah dan suami yang bertaqwa.



“Segala kontroversi dan isu negatif yang viral tidak akan berlaku lagi pada tahun 2021. Viral pun harap biarlah isu-isu yang baik tu pun kalau media support. Heeee. Doakan ye,” tutur PU Abu menerusi satu muat naik di laman Instagram miliknya.

Klik untuk gambar besar

Image_2.jpg

Dalam entri tersebut, PU Abu berkongsi sebuah video yang memaparkan dirinya mengerjakan solat bersama PU Hafiz. Katanya, dia berasa bersyukur apabila diberikan kesempatan untuk solat dengan berimamkan PU Hafiz yang disifatkan sebagai individu yang banyak memberi bimbingan kepadanya.



“Alhamdulillah diberikan kesempatan diberikan murabbi ku ketika zaman pencetus ummah dulu.Seronok berimamkan dengan org baik ni, tinggi ilmunya, baik akhlaknya lebih-lebih lagi seorang hafiz quran. Moga Allah sentiasa rahmati seluruh hidup murabbi ku,” ujarnya.

Sebelum ini, PU Abu pernah mencetuskan kontroversi apabila kisah pengolakan rumah tangganya menerusi perkahwinan keduanya dengan Hana Azraa menjadi perhatian umum. Terdahulu, PU Abu berkahwin dengan Ain Afini Latif, sebelum dikatakan berpisah pada Mei 2019. Menerusi dua perkahwinan itu, PU Abu mempunyai dua anak lelaki, Muhammad Adam Aysar dan Muhammad Uwais Al-Mateen.

Image_3.jpg

Image_4.jpg



PU Abu Dikecam Kerana Terjebak Dengan TikTok

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button