Gempa berkekuatan 5.1 landa wilayah Ibraki, Jepun

30/12/2020 03:29 PM

TOKYO, 30 Dis — Gempa berkekuatan 5.1 melanda wilayah Ibaraki Jepun dekat Tokyo, lapor agensi berita Sputnik, memetik agensi meteorologi negara itu.

Pusat gempa terletak di utara Ibaraki pada kedalaman 60 kilometer. Gempa susulan mencapai skala empat dengan sakal tertinggi tujuh.

Tiada amaran tsunami dikeluarkan. Setakat ini, tiada laporan mengenai kerosakan dan korban jiwa.

Gempa tidak menjejaskan operasi loji kuasa nuklear Tokai-2, Fukushima-1 dan Fukushima-2 ,lapor NHK.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *