Gerakan persoalkan keikhlasan DAP untuk kekalkan feri P.Pinang


Foto: Facebook

30/12/2020 02:03 PM

GEORGE TOWN, 30 Dis — Gerakan Pulau Pinang hari ini mempersoalkan keikhlasan DAP dalam memastikan feri Pulau Pinang terus kekal beroperasi dengan membawa penumpang dan juga kenderaan beroda empat.

Setiausaha Gerakan Pulau Pinang Hng Chee Wey berkata, DAP merupakan komponen Pakatan Harapan selama tempoh 22 bulan berkuasa sebagai kerajaan persekutuan, yang mencadangan katamaran sebagai penganti feri sedia ada.



“Mengapa ketika memimpin, kerajaan persekutuan tidak memberikan peruntukan untuk membeli set feri baharu yang sama seperti sedia ada dan bukan sehingga tidak lagi berkuasa baru nak pertahankan feri ini.

“Ketika wakil DAP sebagai Menteri Kewangan dan Menteri Pengangkutan, mereka tak ingat pula ikonik feri ini?,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Semalam, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng telah mengajak orang ramai untuk mengguna perkhidmatan feri bersama beliau, pada 10 pagi esok Khamis sebagai tanda mengucapkan selamat tinggal kepada ikonik Pulau Pinang.

Hng berkata sekiranya DAP benar-benar nak kekalkan feri ikonik ini, kerajaan pimpinan DAP Pulau Pinang seharusnya mengambil alih perkhidmatan itu.



Beliau berkata Gerakan menyokong cadangan untuk menaik taraf pengangkutan ikonik, tetapi ia harus dikekalkan sebagai pengangkutan warisan kepada semua pengguna.

“Pengangkutan feri ini merupakan satu ikonik kepada semua pelancong yang datang ke Pulau Pinang seperti mana yang dilakukan di negara Hong Kong.

“Saya berharap ikonik ini dapat dinaik taraf dan dikekalkan, agar generasi akan datang dapat mengetahui dan merasai pengangkutan yang penuh sejarah ini,” katanya.

Khamis lepas, Penang Port Sdn Bhd (PPSB), anak syarikat Kumpulan MMC mengumumkan akan menyediakan perkhidmatan feri untuk motosikal dan basikal, selain daripada pejalan kaki, mulai 1 Jan.



PPSB dalam satu kenyataan bagaimanapun berkata, pejalan kaki tidak akan dikenakan tambang selama dua minggu dari 1 hingga 14 jan 2021.

Guan Eng nafi sokong langkah hentikan perkhidmatan Feri Pulau Pinang



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button