“INI BUKAN MASANYA UNTUK KITA TERUS LEKA” – DR AMALINA TERIMA SUNTIKAN VAKSIN COVID-19 PFIZER

“Saya menerima suntikan dos pertama vaksin COVID Pfizer hari ini (semalam). Jom kita semua patuhi panduan COVID, kes semakin bertambah, jumlah kemasukan ke hospital meningkat, katil wad hampir penuh. Hospital kini berada dalam keadaan kritikal. Ini bukan masanya untuk kita terus leka.

“Harapnya tahun depan akan jadi lebih baik,” demikianlah kata pelatih pakar bedah Malaysia, Dr. Nur Amalina Che Bakri yang memaklumkan dirinya telah pun menerima suntikan vaksin COVID-19 semalam.

Menurut Dr. Amalina, suntikan pertamanya itu merupakan vaksin keluaran syarikat farmaseutikal antarabangsa Pfizer. Berkongsi perkara tersebut menerusi laman Instagram, Dr. Amalina turut memuat naik foto dirinya ketika menerima suntikan berkenaan di sebuah pusat perubatan di London, United Kingdom.

Klik untuk gambar besar



Di ruangan komen, ketika menjawab pertanyaan pengikutnya, beliau memaklumkan suntikan tersebut perlu diambil sebanyak dua kali: “Ya ada dua dos, sekurang-kurangnya selepas 21 hari,” jelasnya yang menerima suntikan tersebut secara percuma di bawah Perkhidmatan Kesihatan Kebangsaan (NHS) United Kingdom.

Tambahnya lagi, beliau akan berkongsi pengalaman dirinya selepas mengambil suntikan tersebut dalam perkongsian akan datang di media sosial. Sebagai info, kes jangkitan COVID-19 di seluruh dunia mencatatkan lebih 82.5 juta kes dengan lebih 1.8 juta kematian direkodkan.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker