Jualan runcit dalam talian China di kedudukan pertama dunia

31/12/2020 03:05 PM

BEIJING, 31 Dis — Kementerian Perdagangan China (MOC) mengumumkan sektor penggunaan kekal menjadi pendorong utama pertumbuhan ekonomi di China selama enam tahun berturut-turut.

Menurut statistik MOC dalam laporan perdagangan domestik yang diumumkan pada Selasa, kadar sumbangan perbelanjaan penggunaan akhir terhadap peningkatan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara ini kekal pada kadar 55 peratus ke atas dari tahun 2016 hingga 2019.



Jumlah kutipan cukai yang disumbang oleh sektor-sektor utama berkaitan logistik pada tahun 2019 pula sebanyak RMB2.5 trilion (RM1.55 trilion), meliputi hampir satu perenam keseluruhan jumlah kutipan cukai.

Memetik data statistik itu, bidang logistik menjadi tonggak utama dalam pasaran serta merupakan penyumbang terbesar dalam menyediakan peluang pekerjaan pada 2019.

Statistik itu turut menyatakan, terdapat hampir 82 juta pengusaha bidang tersebut, bersamaan 70 peratus daripada keseluruhan pemain industri, dengan lebih 220 juta orang mendapat peluang pekerjaan.

Untuk rekod, sepanjang tempoh pelaksanaan Rancangan Lima Tahun ke-13, inovasi logistik semakin dinamik, perniagaan secara fizikal berkembang selaras dengan perniagaan dalam talian, ciptaan teknologi, format dan model baharu turut pesat meningkat, dan jumlah jualan runcit secara dalam talian kekal menduduki tempat pertama di seluruh dunia.



Pada 2019, jumlah import dan eksport antara China dengan 22 negara rakan e-dagang rentas sempadan meningkat sebanyak 87.9 peratus.

Turut dilaporkan pada masa ini syarikat logistik China yang berskala besar mempunyai 1,000 lebih gudang di luar negara.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button