Tidak Scan MySejahtera Masuk Majlis

Kerajaan menetapkan semua warganegara & bukan warganegara perlu mengimbas aplikasi MySejahtera untuk masuk ke sesuatu premis.

Samada pusat beli belah, kedai runcit, pasar, pasar malam termasuk majlis agama dan segala majlis di mana orang berhimpun.

Dalam satu perkongsian video di https://vt.tiktok.com/ZSJ5tTfRc/ kelihatan seorang individu ‘mirip’ seperti Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

TikTok
Individu ‘Mirip’ Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia

Individu ‘mirip’ itu kelihatan hadir dalam sebuah majlis tanpa mengimbas MySejahtera dan tidak memeriksa suhu badan sebaliknya terus masuk ke premis terbabit.

Adalah menjadi satu kesalahan mana-mana individu dalam Malaysia yang tidak mengimbas MySejahtera dan suhu badan.

Bagaimana pula dengan individu ‘mirip’ Muhyiddin ini boleh lepas dari undang-undang ditetapkan kerajaan?

Dikatakan video tersebut telah dinaikmuat pada 14 April 2021. Jika benar video tersebut tulen, maka individu tersebut telah melanggar undang-undang ditetapkan.

Apa pula pandangan serta kritikan pelayar tiktok?

Komen TikTok

Mereka mempertikaikan tindakan individu ‘mirip’ Muhyiddin yang tidak mengikuti SOP ditetapkan MKN. Kritikan tidak sekadar itu sahaja.

Komen TikTok

Ada juga komen yang membela individu terbabit dengan menyatakan tarikh tepat majlis itu berlangsung.

Komen TikTok

Apa pula pandangan anda sebagai rakyat Malaysia? Kongsikan pandangan anda mengenai SOP serta pelanggaran SOP oleh individu tersebut.

Tidak wajib imbas MySejahtera jika tidak masuk kedai stesen minyak, surau, tandas

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker