Perdagangan China, EU capai kemajuan signifikan

Hebahkan !!!

31/12/2020 03:08 PM

BEIJING, 31 Dis —China dan Kesatuan Eropah (EU) berjaya memuktamadkan rundingan perjanjian pelaburan membabitkan kedua-dua pihak mengikut jadual ditetapkan.

Pengumuman mengenai perkara itu dibuat secara maya antara Presiden China, Xi Jinping dengan Canselor Jerman, Angela Merkel, Presiden Perancis, Emmanuel Macron, Presiden Majlis Eropah, Charles Michel dan Presiden Suruhanjaya Eropah, Ursula von der Leyen pada Rabu malam.

Menurut Presiden China negaranya bukan sahaja berusaha untuk membina situasi pembangunan yang baharu, menyediakan lebih banyak peluang pekerjaan dan membuka ruang kerjasama kepada Eropah sahaja, malahan kepada dunia.

Pada masa sama, Xi berharap Eropah dapat mempertahankan perdagangan bebas dan multilateralisme, menyediakan iklim perniagaan yang terbuka, serta bertindak adil tanpa diskriminasi.

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, kerjasama pragmatik China-Eropah berjaya mengekalkan momentum seterusnya menghasilkan pencapaian serta trend perkembangan yang positif.

Untuk rekod, EU kini merupakan rakan dagang kedua terbesar China selepas ASEAN, manakala China berada di tangga teratas sebagai rakan dagang terbesar EU.

Statistik terkini turut menunjukkan, walaupun tercetus pandemik COVID-19, jumlah nilai perdagangan dua hala China-Eropah berjaya mencatat USD581.28 bilion (RM2.34 trilion), peningkatan berbanding 3.5 peratus.

Antaranya, kadar produk barang-barang elektronik dan teknologi canggih dalam jumlah pengeksportan China ke EU masing-masing meningkat ke 61 peratus dan 28 peratus pada 2019, sebanyak 51 peratus dan 19 peratus pada 2001.

Sementara itu, industri perkhidmatan China-Eropah turut sama berkembang maju dengan catatan sebanyak USD140.7 bilion (RM568.4 bilion) pada tahun lepas, sekali gus mencipta rekod tertinggi dalam sejarah.

Leave a Reply

%d bloggers like this: