Tiga lelaki curi besi untuk pembinaan Lebuhraya Pan Borneo diberkas

31/12/2020 01:51 AM

SIBU, 30 Dis — Polis menahan tiga lelaki yang disyaki mencuri 80 batang besi bernilai kira-kira RM150,000 yang digunakan untuk membuat jambatan di Projek Lebuh Raya Pan Borneo Sarikei/Bintangor dekat sini awal pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Meradong DSP Sekam Anoi berkata ketiga-tiga suspek ditangkap sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Meradong, di Jalan Pedada Sibu berdasarkan maklumat awam.

Beliau berkata terdahulu seorang penyelia di tapak projek itu telah membuat laporan polis berhubung kehilangan besi berkenaan petang Isnin.



“Penyelia itu melaporkan kehilangan batang besi yang diletakkan di kawasan dikenali sebagai CH 60+417 Jalan Pan Borneo Sarikei/Bintangor melibatkan 50 batang besi berukuran enam meter dan 30 batang besi berukuran sembilan meter untuk pembinaan jambatan, ” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, kesemua suspek berusia di antara 31 dan 37 tahun itu kini direman sehingga 2 Jan ini untuk disiasat mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan.

–BERNAMA

Lima ditahan, ‘Geng Mat Top’ terlibat curi kenderaan tumpas

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker