AKIBAT SOLEKAN – MATA SARAH SUHAIRI KENA JANGKITAN KUMAN, NANAH DALAM KELOMPAK
Penyanyi Sarah Suhairi, 20, baru-baru ini ada memuat naik satu video boomerang menerusi laman Instagram miliknya dimana ia memaparkan sebelah matanya dalam keadaan berbalut.
Melihat pada bahagian komen, ramai diantara pengikutnya risau dan bertanya kepada Sarah berhubung matanya itu. Malah, ada juga yang mendoakan kesembuhan penyanyi lagu ‘Nyawa dan Raga’ ini.
Sarah ketika dihubungi, memberitahu dia berhadapan dugaan tahun baharu apabila mengalami jangkitan kuman pada mata sebelah kanannya, semalam. Sarah berkata, jangkitan kuman di mata itu dialaminya mungkin berpunca daripada solekan.
“Ketika pemeriksaan doktor, didapati ada benjolan dalam kelopak mata kanan disebabkan kelenjar berminyak tersumbat. Malah, nanah yang ada di dalam kelopak mata itu perlu dibuang.
“Insya Allah, dalam tempoh satu ke dua minggu, doktor kata akan baik. Sekarang, saya perlu berehat seketika dan terima kasih kepada semua orang yang mendoakan saya,” katanya.
Klik untuk gambar besar
Terdahulu, menerusi perkongsian di Instagram yang dibuat Sarah mengenai kesakitan dialami itu, kebanyakan warganet mendoakan juara Big Stage musim pertama berkenaan segera sembuh.
Sarah juga banyak mendapat kata-kata semangat daripada peminatnya yang bersimpati. Kebanyakan menyifatkan Sarah tabah dan cekal menghadapi dugaan itu meski di awal tahun baharu 2021.
Bagi perkembangan karier nyanyiannya, Sarah baharu muncul dengan lagu duet berjudul Entah Apa berganding dengan vokalis Drama Band, Aepul Roza sekitar dua bulan lalu. Lagu itu juga menjadi OST drama ‘Ryan Aralyn’ di TV3.
Tidak hanya itu, Sarah juga sudah mula mengembangkan bakat seninya dalam bidang pengacaraan sebagai hos program hiburan M Pop di TV3 sejak Oktober lalu. Selain, Sarah juga berjinak-jinak dalam berlakon.