Tiga ditahan SPRM berkaitan kes Aman Palestin

Oleh – Syeikh Baran


Tiga ditahan SPRM berkaitan kes Aman Palestin
Gambar Hiasan

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan tiga individu kerana disyaki terlibat dalam kes pengubahan wang haram hasil daripada penyelewengan dana derma awam Aman Palestin.

Sumber memberitahu, kesemua suspek lelaki berusia lingkungan antara 40-an hingga 50-an telah ditahan kira-kira jam 11.30 pagi Rabu di pejabat SPRM Putrajaya ketika diminta hadir memberi keterangan.

“Ketiga-tiga orang kena tangkap (OKT) termasuk seorang yang menjawat jawatan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif sebuah syarikat akan didakwa di Mahkamah Sesyen Shah Alam, Selangor pada jam 9.00 pagi Khamis dengan lebih 100 pertuduhan.

Sumber juga menyatakan bahawa OKT akan dituduh di bawah Seksyen 4 (1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan (AMLATFPUAA) 2001.

Sumber – SINAR HARIAN

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker