Batal HSR- Negara Kehilangan 70 ribu peluang perkerjaan dan RM209 billion PNK

Satu kesilapan besar yang dilakukan oleh kerajaan PH yang diketuai oleh Mahathir dan DAP dalam isu membatalkan projek HSR Kuala Lumpur ke Singapura. Keputusan yang dilakukan hanya berdasarkan kepada kepentingan politik dan amalan klepotokrasi kedua orang pemimpin ini.

Projek HSR ini  jika diteruskan akan mendapat limpahan ekonomi bukan shaja pada pihak kerajaan , namun ianya dapat dinikmati oleh rakyat  yang berada dalam lingkungan pembinaan tersebut. Pembatalan yang dilakukan itu hanya berdasarkan perbelanjaan yang dikatakan amat besar dan bakal menyebabkan kerugian pada  kewangan negara.

Perdana Menteri ketika itu, berkata kononnya HSR tidak bermanfaat kepada rakyat dan juga negara  kerana membabitkan kos tinggi, tetapi langsung tidak mengambil kira pendapatan yang mampu dijana projek terbabit dalam jangka panjang. Dimanakah yang dikatakan Mahathir amat bijak dalam segala hal. Perkara yang semudah ini toidak dapat difikirkan sebaiknya untuk negara dan rakyat.

 Jika HSR ini diteruskan maka beberapa buah stesen yang kurang membangun dikawasan laluannya sudah pasti akan mendapat limpahan nikmat pembangunan dan membuka ruang selebarnya kepada rakyat dalam pelbagai bidang.

Satu kajian yang telah dilakukan oleh Institut Ekonomi Membangun, Pertubuhan Perdagangan Luar Jepun (IDE-JETRO) menyatakan projek HSR mampu menjana AS$1 bilion (RM4 bilion) kepada ekonomi negara setiap tahun apabila ia beroperasi. Kerana Mahathir terlalu bijak dan mungkin terlalu sombong setelah berkuasa maka  hanya kata kata dia sahaja yang betul dan mana mana kajian yang tidak meyembelahinya akan tetap salah.

Kerajaan perlu membayar pampasan sekitar RM500 juta kepada Singapura. Bukan itu sahaja, pembatalan ini juga turut dirasai oleh para pelabur  asing, selain menampakkan kerajaan PH lebih mementingkan dasar kronisme, kleptokrasi yang tidak memihak kepada mereka  dan tidak mengambil kira kesan limpahan ekonomi yang sangat besar daripadanya.

Hasil tindakan tidak masuk akal itu, negara telah kehilangan kira-kira pendapatan negara kasar (PNK) RM209 bilion dan 70,000 peluang pekerjaan yang sepatutnya dapat dipenuhi oleh anak anak tempatan yang berkemahiran

Pada fikiran rakyat, apabila menyingkap sejarah pemerintahan  Mahathir, sebenarnya pembatalan tersebut adalah satu rancangan untuk menyebut semua tender dan  ditawarkan kepada kroni mereka , sudah pastinya nilai pasaran akan meningkat pada masa akan datang. Mungkin alasan yang akan diberikan oleh pakar pakar ekonomi mereka adalah untuk menampung kos semasa.

Hari ini secara rasminya, Malaysia telah membatalkan projek yang berdaya maju hasil kebodohan pemimpin PH termasuk Mahathir sendiri. Malaysia kini telah kehPada 31 Mei tahun lalu, kedua-dua kerajaan bersetuju untuk menangguhkan pembangunan projek dua hala bernilai RM110 bilion sehingga 31 Dis 2020.

Ia merupakan kali kali kedua projek HSR sepanjang 350 kilometer itu ditangguhkan selepas pertama kali ditangguhkan pada September 2018.

Pada 13 Dis 2016, Malaysia dan Singapura memeterai perjanjian dua hala penting untuk membuka jalan bagi pelaksanaan projek HSR yang dijadualkan siap pada 2026 dan akan memendekkan masa perjalanan antara kedua-dua bandar kepada 90 minit.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker