Adakah Lebai Jasin Menuduh Umat Islam Di Luar PAS Bukan Ahli Sunnah Wal Jamaah?

@acik.mantera

♬ original sound – aCik.manTera – aCik.manTera

Adakah Lebai Jasin Menuduh Umat Islam Di Luar PAS Bukan Ahli Sunnah Wal Jamaah?

Secara tiba-tiba, nama ahli parlimen Jasin, Zulkifli Ismail atau lebih mesra dengan panggilan Lebai Jasin menjadi popular.

Ianya berikutan tindakan beliau yang menyondol tanpa usul periksa ucapan menteri KDN, Saifuddin Nasution, di dalam parlimen.

Ketika mencelah, Lebai Jasin telah menuduh Saifuddin membuat fitnah.

Ianya berlaku apabila Saifuddin mengulas perbuatan perbezaan politik dijadikan asas kepada perbezaan akidah oleh sesetengah parti politik.

Lebai Jasin lantas bangun membantah dan menuduh Saifuddin telah membuat fitnah dengan kenyataan itu.

Bila dicabar untuk membuktikan di mana fitnahnya, Lebai Jasin terkedu dan malu sendiri.

Isu ini sudah viral di seluruh dunia dan penulis tidak mahu mengulas lanjut.

Tetapi berdasarkan video Tiktok yang penulis sertakan, rupa-rupanya, kejadian di parlimen bukanlah kejadian pertama Lebai Jasin mengeluarkan kenyataan tanpa berfikir.

Dalam satu ceramah yang boleh dirumuskan sebagai ceramah agama yang berwajah kempen politik, Lebai Jasin secara terang-terangan membuat fitnah yang sangat merbahaya.

Beliau berkata, sekiranya mahu menjadi Ahli Sunnah Wal Jamaah, maka umat Islam mesti menyertai parti PAS!!!

Apakah dengan tidak menyertai parti PAS maka umat Islam di Malaysia dan di seluruh dunia tidak boleh diiktiraf sebagai Ahli Sunnah Wal Jamaah?

Serta adakah dengan tidak menyertai PAS, maka akidah umat Islam di seluruh dunia tidak sudah terpesong?

Atau mungkin Lebai Jasin cuba memberitahu kita, dari lebih dari 1 bilion umat Islam di seluruh dunia, hanya akidah 1 juta ahli PAS sahaja yang tidak terpesong.

Apa Pula Pandangan Lebai Jasin Mengenai Fahaman Syiah?

@acik.mantera

♬ original sound – aCik.manTera – aCik.manTera

Sedarkah Lebai Jasin bahawa presiden beliau sendiri adalah pendokong kuat fahaman Syiah yang sudah ditolak dan difatwakan sesat oleh ulamak Islam seluruh dunia?

Dari semakan penulis, Lebai Jasin sebenarnya tidak mempunyai kredibiliti untuk membahaskan tentang hukum hakam agama, apalagi yang berkaitan dengan akidah.

Beliau tidak mempunyai sebarang kelulusan formal yang diiktiraf dalam jurusan agama Islam.

Adakah Lebai Jasin Menuduh Umat Islam Di Luar PAS Bukan Ahli Sunnah Wal Jamaah?

Yang tercatat di dalam Wikipedia, beliau hanya mempunyai pendidikan secara talaqqi selama 10 tahun di Mesir.

Tetapi tidak dicatat beliau membuat pengkhususan dalam jurusan apa.

Pendidikan secara talaqqi sama seperti pembelajaran secara sambilan seperti makcik dan pakcik yang hadir kelas agama di masjid atau madrasah di kampung.

Tetapi, orang seperti inilah yang diangkat oleh PAS sebagai Ketua Ulamak PAS Melaka dan Timb Ketua Ulamak PAS pusat.

Persoalannya, layakkah beliau?

 

Adakah Lebai Jasin Menuduh Umat Islam Di Luar PAS Bukan Ahli Sunnah Wal Jamaah?

 

Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker