AS, Eropah tawar pakej sokongan ketenteraan ke Ukraine

AS, Eropah tawar pakej sokongan ketenteraan ke Ukraine

AS, Eropah tawar pakej sokongan ketenteraan ke Ukraine
PAKEJ terbaharu sokongan ketenteraan dari Amerika Syarikat ke Ukraine termasuk kenderaan pengangkut berperisai Stryker. -REUTERS

KYIV: Amerika Syarikat (AS) dan beberapa sekutu Eropahnya mengumumkan pemberian pakej sumbangan senjata baharu berskala besar kepada Ukraine termasuk kenderaan berperisai dan senjata berat.

Menurut laporan Al Jazeera, pengumuman itu dibuat menjelang mesyuarat penting yang akan diadakan untuk mengukuhkan pertahanan negara itu setelah hampir setahun Russia melakukan serangan.

AS berkata, pakej sokongan ketenteraannya termasuk pengangkut berperisai, sistem pertahanan udara dan puluhan ribu roket dan peluru artileri bernilai kira-kira AS$2.5 bilion (RM 10.735 bilion).

Jabatan Pertahanan AS dalam satu kenyataan berkata, terdapat 59 kenderaan tempur Bradley dan 90 pengangkut berperisai Stryker juga akan dihantar ke Ukraine.

Malah, Setiausaha Negaranya, Antony Blinken berkata, ia adalah pakej bantuan keselamatan baharu yang penting untuk membantu Ukraine agar terus mempertahankan diri daripada kekejaman Russia.

“Pakej terbaharu itu membawa bantuan ketenteraan AS untuk Ukraine keseluruhannya kepada kira-kira AS$27.4 bilion (RM117.7 bilion), tambah Blinken.

600 PELURU BERPANDU BRIMSTONE

Terdahulu, United Kingdom dalam satu kenyataan bersama menteri pertahanan dan wakil sembilan negara Eropah berkata, mereka akan menghantar 600 peluru berpandu Brimstone ke Ukraine manakala Denmark menjanjikan 19 howitzer Caesar buatan Perancis dan Sweden menghantar sistem artileri Archer, sebuah senjata mudah alih moden yang diminta Ukraine berbulan-bulan lamanya.

“Kami menyedari bahawa dengan melengkapkan Ukraine untuk menolak Russia keluar dari wilayahnya adalah sama penting dengan melengkapkan mereka untuk mempertahankan apa yang mereka sudah ada,” kata kenyataan itu.

“Bersama-sama kita akan terus menyokong Ukraine untuk bergerak daripada menentang kepada usaha mengusir tentera Russia dari tanah Ukraine,” menurut kenyataan itu.

Pengumuman penting negara-negara Eropah itu dibuat sebelum mesyuarat pertahanan dan pegawai kira-kira 50 buah negara termasuk kesemua 30 anggota Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) di Pangkalan Udara Ramstein, Jerman.

Mesyuarat itu diadakan bagi membincangkan sokongan kepada Ukraine di tengah-tengah pertempuran kejam Russia di timur Ukraine.

MENANTI KEPUTUSAN EROPAH

Menjelang rundingan di Jerman itu, Presiden Ukraine, Volodymyr Zelenskyy berkata, pihaknya menjangkakan satu keputusan yang kukuh daripada mesyuarat tersebut.

“Kami sebenarnya menunggu keputusan daripada satu negara Eropah yang akan mengaktifkan rantaian kerjasama yang turut berkaitan dengan sumbangan kereta kebal,” kata Zelenskyy dalam satu amanat video.

Terdahulu, tekanan terhadap Jerman untuk menyediakan kereta kebal Leopard 2 modennya kepada Ukraine bagaikan tiada berpenghujung.

Canselor Jerman, Olaf Scholz sebelum ini kelihatan berat untuk membuat keputusan untuk membantu Ukraine kerana bimbang akan mencetuskan provokasi kepada Russia.

Jerman bagaimanapun dikatakan mempunyai kuasa veto untuk memberi bantuan dan sumbangan kepada Ukraine.

RUSSIA BERI AMARAN

Terdahulu, kerajaan Russia memberi amaran kepada umum bahawa penghantaran senjata berat yang mampu menyerang wilayah taklukan mereka akan ditafsirkan sebagai satu peningkatan peperangan.

“Berpotensi, ini sangat berbahaya.

“Ini bermakna membawa konflik ke tahap baharu yang, sudah tentu, tidak akan menjadi petanda baik dari sudut pandangan keselamatan global dan pan-Eropah,” kata jurucakap Russia, Dmitry Peskov kepada pemberita.

Hari ini yang dibicarakan bukan Najib Razak tapi mahkamah.

AS, Eropah tawar pakej sokongan ketenteraan ke Ukraine


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


Hari ini yang dibicarakan bukan Najib Razak tapi mahkamah.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker