Rasuah RM100juta: Zeti tiada niat saman pemfitnah?

Zeti Akhtar Aziz sudah membuka mulut bagi menjawab dakwann suami dan dua anaknya menerima wang lebih dari RM100 juta yang terkait dengan skandal 1MDB. Beliau menegaskan beliau tidak boleh memberi penerangan lanjut kerana beliau adalah salah seorang saksi yang berpotensi.

Isunya:
1. Zeti yang juga pengerusi Permodalan Nasional Berhad (PNB) dan juga bekas gabenor bank negara tidak pernah muncul di kandang saksi sehingga ke hari ini.

2. Zeti tidak mengeluarkan kenyataan keras akan mendakwa portal yang mengeluarkan berita secara langsung tanpa berkias. Begitu terperinci bagaimana perjalanan aliran kewangan menunjukkan wang dimasukkan ke dalam akaun syarikat milik suaminya yang berpengkalan di Singapura.



3. Kenyataan dari Datuk Seri Najib berhubung isu kemasukan dana sumbangan dari kerajaan Arab Saudi sejumlah RM2.6 bilion – Zeti ‘kluk-klek’

Dan banyak lagi faktor yang menunjukkan Zeti seolah menyembunyikan sesuatu dari rakyat.

Pihak berkuasa, SPRM dan PDRM perlu segera menyiasat dakwaan yang serius ini. Kalau dahulu boleh menghantar pasukan siasatan ke luar negara kenapa sekarang tidak boleh? Singapura bukannya jauh dan boleh dibuat melalui ‘online’.

Muhyiddin tidak boleh berselindung dengan ‘aksi doa’ dan ‘aksi perutusan khas’ sahaja. Banyak isu integriti di dalam kerajaan Muhyiddin yang rakyat melihat ianya hanya satu sandiwara. Kes mirip Azmin Ali bersemburit pun sudah senyap sunyi, betulkan?



Penafian Zeti mengenai dana 1MDB ‘tak boleh dipercayai’, kata Najib

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button