TAHNIAH – IDAYU SAHKAN HAMIL 5 BULAN SELEPAS 6 TAHUN BERKAHWIN

“Syukur Alhamdulillah saya dan suami ingin membuat pengumuman rasmi mengenai kehamilan saya yang kini berusia lebih lima bulan selepas melayari perkahwinan selama lebih enam tahun.

“Saya sangat bersyukur dengan nikmat yang Allah SWT berikan kepada kami berdua. Kami sentiasa yakin dengan peraturan Allah SWT dan inilah waktu yang paling tepat.

“Kami akan sentiasa mensyukuri setiap detik dalam fasa ini dan hari mendatang,” demikianlah kata penyanyi Idayu yang mengesahkan dirinya kini hamil lima bulan selepas enam tahun mendirikan rumah tangga bersama suaminya, Shahrul Fadzil.

Berita gembira itu dimaklumkan Idayu atau nama sebenarnya, Farah Idayu Yaakob, 36, menerusi satu hantaran di laman Instagram miliknya. Idayu menerusi ruangan kapsyen meluahkan bersyukur dengan nikmat diberikan Allah SWT.

Idayu yang juga juara program Akademi Fantasia Megastar turut memohon doa orang ramai semoga kehamilan dan proses melahirkan kelak dipermudahkan.

Klik untuk gambar besar

“Saya memohon anda semua doakan yang baik-baik supaya bayi di dalam kandungan dikurniakan kesihatan yang baik dan selamat hingga ke hari kelahiran.

“Insya Allah dengan izin Allah SWT kami bakal menimang cahaya mata pertama ini pada Mei depan. Sekali lagi terima kasih untuk ucapan dan doa kalian.

“Terima kasih juga kepada doktor serta seluruh kakitangan hospital kerana banyak membantu saya sepanjang tempoh kehamilan ini. Semoga Allah sahaja dapat membalas budi kalian,” tuturnya.

Idayu yang berkahwin pada Mei 2014 lalu itu turut mengharapkan agar pasangan yang masih berusaha untuk mendapatkan zuriat supaya tak mudah putus asa: “Kepada pasangan yang masih berusaha nak dapatkan ‘baby’, nasihat saya jangan mudah putus asa,” ujarnya.

Leave a Reply