8 TAHUN BERKAHWIN – JEHAN MISKIN & ISTERI TAK SABAR MENANTI ANAK SULUNG

Selepas lapan tahun berkahwin, pelakon Jehan Miskin, 41, dan isteri, Julie Camelia Rhee Abdullah, 36, tidak sabar menantikan kelahiran cahaya mata sulung mereka.

Jehan berkata, mereka sebenarnya tidak terfikir menimang cahaya mata sebelum ini sehinggalah Julie menyatakan hasrat mahu menjadi ibu tahun lalu.

“Sebenarnya masa mula-mula kahwin, kami tidak fikir sangat soal cahaya mata kerana kami bahagia berdua. Namun, memikirkan kami sudah lama bersama, kami terbuka hati dengan idea (anak) itu beberapa tahun kebelakangan ini, lebih-lebih selepas bapa saya meninggal dunia.

“Tiba-tiba isteri menyatakan keterujaan betapa gembiranya dia jika memiliki seorang anak tahun lalu. Alhamdulillah, dia terus hamil pada minggu yang sama,” katanya.

Klik untuk gambar besar

Image_2.jpg

Pelakon ‘Qaisy & Laila’ itu mengakui sangat terkejut dan bersyukur dengan berita gembira itu apatah lagi rezeki sampai dengan begitu pantas.

“Kami sebenarnya jangka usaha itu akan mengambil masa beberapa tahun. Namun, saya sangat bersyukur ia terus terjadi kerana saya pun sudah berusia 41 tahun.

“Lagipun, kami memang sudah bersedia untuk ada anak. Ia ibarat bonus kejutan di waktu pandemik ini memandangkan kita tidak dapat melancong ke luar negara,” katanya.

Terdahulu, Jehan berkongsi kegembiraannya tidak sabar menjadi bapa pada September lalu. Dia mengumumkan Julie hamil dan berkongsi foto imbasan kehamilan itu. Dia mendirikan rumah tangga dengan wanita warga Korea Selatan itu pada 2013.

Image_3.jpg

Image_4.jpg

Image_5.jpg

Image_6.jpg

Image_7.jpg

Image_8.jpg

FARAH NABILAH SELAMAT BERSALIN ANAK SULUNG, LELAKI

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker