CETUS KONTROVERSI LAGI – KALI INI IQRAM BERPAKAIAN, BERKELAKUAN SEPERTI WANITA

Sudah lama kita tak dengar nama pelakon Iqram Dinzly yang sebelum ini hangat diperkatakan selepas pernah mencetuskan kontroversi kerana tampil berkelakuan aneh dan pelik di media sosial.

Selepas dia dilihat senyap seketika dan berita-berita tersebut kemudiannya lenyap dalam arus masa, terkini Iqram muncul kembali baru-baru ini dengan sebuah video yang dimuat naik di media sosial.

Dalam video tersebut memaparkan Iqram memakai baju dalam berwarna hitam dan bertutur mengenai beberapa isu seperti rambut, kulit dan beberapa hal lain seakan-akan menunjukkan dirinya seorang wanita.

Klik untuk gambar besar



Image_2.jpg

Pelakon berusia 39 tahun itu turut membahasakan dirinya sebagai ‘sis bro’ serta menari di samping menyatakan hasratnya untuk berenang sambil memakai baju renang ‘bikini’.

Meninjau ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan kebimbangan sama ada pelakon ini sakit dan perlu dirawat namun ada juga yang tampil memberitahu bahawa Iqram sebenarnya seorang yang normal apabila di luar dan gemar bergurau di media sosial.

Sudah lama tidak melihat Iqram di dunia seni, tidak dinafikan pelakon drama ‘Dunia Baru’ ini merupakan salah seorang aktor yang berbakat dan hebat dalam dunia lakonan. Apa-apa pun, kita doakan yang terbaik buat Iqram.

Image_3.jpg

Image_4.jpg

Image_5.jpg

Image_6.jpg

Image_7.jpg

Image_8.jpg

Isu bantuan artis insafkan Nabil

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker