FOTO ‘PRE-WEDDING’ SUDAH SIAP, PERSIAPAN 70 PERATUS – LIA NATALIA REDA TAK JADI KAHWIN

Persiapan perkahwinan sudah pun dibuat kedua-dua belah pihak, namun semuanya itu nampaknya punah apabila pelakon Lia Natalia mendedahkan dirinya baru sahaja putus cinta dengan seorang lelaki yang dikenali hampir setahun lalu.

“Kami rancang kahwin Disember lalu dan sudah lakukan penggambaran foto pra-perkahwinan pada September. Jujurnya, persiapan perkahwinan boleh dikatakan sudah pun diselesaikan kira-kira 70 peratus termasuk soal tempahan lokasi, hantaran, tempahan tiket penerbangan dan sebagainya. Namun akhirnya tak jadi kahwin. Saya pasrah, sudah tiada jodoh di antara kami,” katanya.

Ditanya mengenai apakah punca menyebabkan mereka kini membawa haluan sendiri, Lia atau nama sebenarnya Alia Afiqah Abden, 28, yang popular menerusi drama ‘Bukan Gadis Biasa’ itu berkata konflik yang berlaku biarlah disimpan sendiri.



“Ada masalah yang saya tidak boleh terima. Itu sahaja yang boleh saya kongsikan. Saya tidak mahu meletakkan kesalahan kepada satu pihak sahaja. Apa sebenarnya yang berlaku, biarlah antara kami sahaja yang tahu,” tuturnya.

Menurut Lia lagi, keluarganya yang menetap di Sabah turut memberikan sokongan dan semangat sejurus diberitahu mengenai keputusan tersebut.

Klik untuk gambar besar

Image_2.jpg



“Sudah tentu saya rasa sedih, kita hanya merancang, tetapi Dia yang menentukan segalanya. Keluarga saya reda dan faham dengan situasi yang berlaku antara kami. Awalnya mereka terujalah bila dapat tahu saya mahu tamatkan zaman bujang memandangkan saya anak bongsu.

“Ibu juga minta saya bersabar kerana dia tahu anaknya memang serius untuk berkahwin. Segala yang berlaku saya kena terima, mungkin ada hikmahnya juga. Cuma buat masa sekarang saya tidak mahu untuk kenangkan apa yang berlaku. Lebih baik untuk saya fokus dalam lakonan sahaja.

“Soal cinta tolak tepi dulu, pengalaman lalu banyak memberi pengajaran dan alhamdulillah, saya bersyukur kerana teman-teman rapat pun ada di sisi memberikan kekuatan,” ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Lia kini sedang sibuk di lokasi penggambaran drama ‘Diva Popular’ arahan Erma Fatima yang bakal ditayangkan tidak lama lagi.



BAPA REDA, MINTA NETIZEN BERHENTI SINDIR & KECAM DA’I SYED

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button