‘JIBAM’ SELAMAT AKHIRI ZAMAN BUJANG DENGAN LISA AF2015
“31.12.2020. Alhamdulillah! Selepas 4 tahun 15 hari, ku telah menemui Kunci Hatiku!” demikian tulis pelakon dan pengacara Akhmal Nazri apabila dia kini telah pun selamat mendirikan rumah tangga dengan pilihan hatinya, penyanyi kelahiran Akademi Fantasia 2015 (AF2015) iaitu Allyssa Joanne atau Lisa.
Akhmal yang terkenal dengan watak Jibam dalam drama bersiri ‘Oh My English’ itu telah diijab kabulkan pada penghujung tahun 2020 iaitu 31 Disember. Gambar-gambar sekitar majlis pernikahan itu telah dikongsikan oleh pasangan ini menerusi laman Instagram milik masing-masing.
Sementara itu, isteri Akhmal turut memuat naik coretan mengenai kisah mereka menempuh dugaan bersama sehingga bergelar suami isteri. Kata Lisa, tanpa sokongan kedua-dua belah keluarga, mereka mungkin tidak akan sampai ke tahap ini.
“31/12/2020. Alhamdulillah Ya Allah, for the memorable day that I will remember for the rest of my life. To our families, thank you for blessing our relationship. Without the support of both families, we wouldnt be able to make it this far.
Klik untuk gambar besar
“Despite the challenges we faced during this pandemic, we are very grateful that we manage to handle it well. Sedih yes memang ada sebab my family jauh dari mata. Mampu tengok through zoom call je. But Allah knows best and Insyallah we will be reunited with my family soon.
“After 4 years of being together, dengan pelbagai dugaan, finally, our dreams came true despite the challenges that we faced, I am forever grateful that at the end of the day, we will find our way back to each other.
“We are also grateful to be going through this journey with people who love and care for us. To both of our families, this is something new for us. Beri kami masa untuk pandai membahagikan waktu sebaiknya buat kedua keluarga. Sekarang dah makin ramai, makin meriah lah nanti ye.
“And to the person I call my husband… After segala dugaan mcm roller coaster yang terbang dan menyelam dalam air, we made it. I harap you akan menjadi suami yang baik untuk I, setia di sisi I buat selamanya walaupun dengan kekurangan I. Moga you pimpin I untuk kita sama2 buat yang terbaik untuk family kita.
“I juga berdoa supaya I jadi yang terbaik untuk you. Walau tak sempurna, tapi my promise to you is, I takkan berhenti memperbaiki diri sehingga akhir hayat kita. I love you very much my husband, AKHMAL,” kata Lisa.
Untuk makluman, Akhmal mengikat tali pertunangan pada 25 November 2019. Terdahulu, Akhmal telah melamar Lisa awal bulan 2019 ketika berkunjung ke kampung halaman Lisa di Bintulu, Sarawak.