PPBM Tidak Perlu Bertanding Di Pahang – Wan Rosdy

Tiada Keperluan PPBM Bertanding Di Pahang

Wan Rosdy

Pengerusi Badan Perhubungan Umno Pahang merangkap Menteri Besar Pahang, Dato Sri Wan Rosdy Wan Ismail menyatakan tiada keperluan untuk Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) bertanding di mana-mana kerusi Dun dan Parlimen Pahang pada PRU15 kelak.

[embedyt] https://www.youtube.com/watch?v=-tAGRnBlCDg[/embedyt]

Wan Rosdy turut menyatakan pendirian itu merupakan pendirian Umno Pahang semasa ditemui selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan Serentak Wanita, Pemuda dan Puteri Umno Cameron Highlands hari ini.

Wan Rosdy

Dato Sri Wan Rosdy yang juga merupakan Ketua Bahagian Umno Cameron Highlands turut menyampaikan amanat beliau kepada ketiga-tiga kepimpinan sayap Umno Cameron Highlands. Dalam ucapannya, beliau mengingatkan kepada perwakilan agar sentiasa bersiap-siaga menghadapi segala kemungkinan pada PRU15.

Beliau turut menyeru agar perwakilan membantu menambahkan bilangan penyertaan keahlian Umno dan mendaftar sebagai pengundi bagi menghadapi PRU15.

PAHANG LONGGARKAN SYARAT PKPP – MB PAHANG

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker