Penunggang, pembonceng warga emas maut dilanggar

Penunggang, pembonceng warga emas maut dilanggar

Penunggang, pembonceng warga emas maut dilanggar
Dua warga emas maut selepas motosikal mereka dilanggar dari belakang. – Foto hiasan

SEKINCHAN: Pasangan suami isteri warga emas maut selepas motosikal ditunggang mereka terbabit dalam kemalangan dengan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) di Kilometer 70 Jalan Teluk Intan-Klang (arah Teluk Intan), dekat Sungai Leman, di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintendan Agus Salim Mohd Alias, berkata kejadian berlaku jam 11.08 pagi tadi.

“Motosikal secara tiba-tiba dipercayai mengubah laluan dari bahu jalan ke lorong kanan mengakibatkan MPV gagal mengelak lalu melanggar belakang motosikal.



“Pembonceng disahkan maut di tempat kejadian,” katanya.

Agus Salim berkata, penunggang dibawa ke Hospital Tanjong Karang, namun disahkan meninggal dunia jam 4.30 petang tadi.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Pemilihan UMNO 2023: Calon Yang Menjadi Pilihan Utama Akar Umbi UMNO

Penunggang, pembonceng warga emas maut dilanggar

 

DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :




Pemilihan UMNO 2023: Calon Yang Menjadi Pilihan Utama Akar Umbi UMNO

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker