Banjir di Johor, Pahang makin buruk, jumlah mangsa meningkat ketara petang ini

Jalan di Kampung Tenglu, Mersing semakin ditenggelami air banjir selepas hujan lebat yang berterusan hari ini. –fotoBERNAMA (2021) HAK CIPTA TERPELIHARA

KUALA LUMPUR, 3 Jan — Situasi banjir di Johor dan Pahang semakin buruk petang ini dengan jumlah mangsa yang ditempatkan di beberapa pusat pemindahan sementara (PPS), dilaporkan terus meningkat dengan ketara.

Di JOHOR, jumlah mangsa banjir meningkat kepada 6,557 orang daripada 1,694 keluarga di tujuh daerah sehingga 4 petang ini berbanding 6,248 mangsa daripada 1,628 keluarga tengah hari tadi.

Pengerusi Jawatankuasa Alam Sekitar dan Kesihatan Negeri Johor R Vidyananthan berkata empat lagi PPS dibuka menjadikan jumlah keseluruhan PPS beroperasi kepada 60 iaitu empat di Mersing, Pontian (satu), Kluang (19), Kota Tinggi (16), Johor Bahru (13), Kulai (5) dan dua di Batu Pahat.



8a81c09e0a4fe0ddd46d79625a2db42c5ff1ab4c0232d

Bagaimanapun, dua PPS ditutup iaitu Balai Raya Kampung Paya di Kluang dan Dewan Raya Kampung Ulu Pulai di Pontian sejak 2 petang tadi.

Menurutnya, Johor Bahru masih mencatatkan jumlah mangsa paling ramai iaitu 2,452 orang, Kluang (1,990 orang), Kota Tinggi (1,223 orang), Kulai (581 orang), Mersing (257 orang), Batu Pahat (36 orang) dan Pontian (18 orang).

Beliau berkata di Kota Tinggi, laluan Jalan Sungai Sayong di Jambatan Sungai Sayong, Jalan Tun Sri Lanang di Bandar Kota Tinggi, Jambatan Jalan Semangar dan Jalan Mawai Lama ditutup untuk semua kenderaan, manakala di Kluang, Jalan Batu Pahat-Mersing di Ladang Pak Loh serta Jalan Batu Pahat-Kluang di Sekolah Menengah Kahang ditutup untuk kenderaan ringan.

c0048f6133a62e3091a8fed5d1a985c15ff1ab9655271

Kelihatan sebuah keluarga meredah banjir yang melimpahi kawasan Taman Perumahan Kempadang Makmur, hari ini. Hujan lebat berterusan serta angin kencang sejak dua hari lepas menyebabkan kawasan rendah dan pinggir sungai sekitar Pahang kini dilanda banjir. –fotoBERNAMA (2021) HAK CIPTA TERPELIHARA



“Jalan Batu Pahat-Mersing di Pertubuhan Peladang Negeri Johor dan Hock Huat pula ditutup untuk semua kenderaan dan Jalan Kluang-Mersing di Kampung Contoh pula jalan sebelah ditutup berikutan jambatan runtuh. Di Johor Bahru, Jalan Haji Suhud Taman Muhibbah pula ditutup berikutan jambatan runtuh,” katanya.

Di PAHANG, jumlah mangsa banjir menunjukkan peningkatan ketara petang ini dengan 3,273 penduduk daripada 902 keluarga ditempatkan di pusat pemindahan berbanding tengah hari tadi hanya 447 penduduk melibatkan 119 keluarga.

3f822bf15c1f69aa182dcd75466ff4285ff1abab03b19

Menurut portal info bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) setakat 6 petang ini, sebanyak sembilan daerah di negeri itu terjejas susulan banjir akibat hujan berterusan sejak malam semalam.

Portal berkenaan memaklumkan Kuantan mencatatkan jumlah mangsa banjir tertinggi iaitu 1,027 orang, diikuti Maran (593 orang), Raub (456 orang), Jerantut (433 orang), Rompin (358 orang), Temerloh (273 orang), Pekan (53 orang), Bentong (45 orang) dan Lipis (35 orang).

Amaran cuaca buruk di Pahang dan Johor hingga esok

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker