Pictogram Sukan Olimpik, Paralimpik Musim Sejuk 2022 dilancarkan

BEIJING, 2 Jan — China pada Jumaat malam melancarkan secara rasmi pictogram untuk setiap acara Sukan Olimpik dan Paralimpik Musim Sejuk 2022.

Pelancaran dibuat pada Karnival Ais Salji Sambut Tahun Baharu dan Sukan Olimpik Musim Sejuk 2021 yang disempurnakan oleh wakil sektor sukan dan kesenian.

Terdapat 30 pictogram diumumkan dalam majlis itu termasuk 24 pictogram Sukan Olimpik Musim Sejuk dan enam pictogram Sukan Paralimpik.

Reka bentuk kesemua pictogram diilhamkan daripada perkataan bahasa Cina, yang menggabungkan unsur yang terdapat dalam acara sukan musim sejuk dengan kebudayaan tradisional China.



Konsep dan wawasan Sukan Olimpik dan Paralimpik Musim Sejuk kali ini mengetengahkan semangat mencabar diri demi kecemerlangan.

Latar belakang pictogram berwarna merah melambangkam matahari terbit dari arah timur yang turut menggambarkan keghairahan dan harapan, selaras dengan kemeriahan temasya sukan yang bakal diadakan itu bersempena Tahun Baru Cina 2022.

Semua pictogram tersebut bakal digunakan sebagai hiasan stadium, papan tanda, tiket, penyiaran televisyen serta untuk mempromosi penganjuran kejohanan itu.

Atlet olahraga para di landasan terbaik hadapi Paralimpik Tokyo

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker