UNDUR DIRI DARI SINAR FM SELEPAS 14 TAHUN – ABBY FANA NAFI BERHENTI, TAPI KONTRAK TIDAK DISAMBUNG

Abby Fana atau lebih mesra menggelarkan dirinya sebagai Kak Bed akhirnya mengundur diri dari menjadi penyampai radio di Sinar FM dan hari Khamis lalu iaitu 31 Disember merupakan hari terakhirnya bertugas, selepas 14 tahun berkhidmat.

Abby mengakui dia menerima banyak persoalan daripada ramai pihak yang ingin mengetahui punca dia mengambil keputusan untuk berhenti.

Bagaimanapun, Abby menjelaskan tiada istilah dia berhenti atau bersara namun ia disebabkan kontraknya tidak disambung bagi memberi laluan kepada penyampai radio yang lebih segar dan baharu.



“Ramai yang tanya kenapa saya berhenti, saya jawab secara ringkas… saya tidak berhenti dan tidak bersara. Cuma kontrak saya tidak disambung dan saya tak boleh jawab bagi pihak pengurusan.

“Cuma, saya rasa dah tiba masa untuk saya beri laluan kepada penyampai yang lebih fresh, dengan adanya yang baru. Sebab 14 tahun dahulu masa saya bermula di Sinar, seseorang perlu kosongkan tempat untuk saya.

Klik untuk gambar besar

Image_2.jpg



“Jadi, itulah dia lumrah kehidupan. Setiap permulaan ada pengakhiran dan setiap pertemuan, ada perpisahan. Tapi saya harap sangat, ukhwah yang terjalin antara kita dapat diteruskan kalau boleh buat selamanya,” katanya.

Penyampai radio berusia 54 tahun itu berkongsi berita sedih tersebut menerusi video yang dimuat naik di laman Instagram miliknya.

Rata-rata netizen meluahkan rasa sedih dengan berita tersebut memandangkan Abby atau nama sebenarnya Habsah Omar antara penyampai radio yang disegani.

Dalam pada itu, Abby meluahkan rasa syukur dan berterima kasih atas sokongan serta kasih sayang yang diberikan pendengar setianya sepanjang 20 tahun berkhidmat dalam bidang tersebut.



Image_3.jpg

Malah Abby turut berasa terharu dengan reaksi positif yang diterima biarpun menganggap dirinya bukanlah seorang penyampai radio yang terkenal.

“14 tahun yang indah… syukur Alhamdulillah. Terima kasih semua diatas sokongan dan kasih sayang anda selama ini. Semoga dipermudahkan langkah-langkah kita seterusnya di tahun 2021.

“Saya ingin mohon maaf sebab lewat memaklumkan tentang hari terakhir saya di Sinar sebab tak tahu macam mana nak beritahu. Rasa-rasanya ramai yang sudah tahu 31 Disember 2020 merupakan hari terakhir saya di Sinar.



“Sebenarnya saya rasa terharu bila ramai yang beri reaksi dan ramai juga yang terkejut sebab maklumlah… saya ini hanya penyampai radio biasa. Tak ada luar biasa atau istimewa.

“Namun begitu, saya nak anda tahu yang saya rasa amat dihargai dan terharu. Terima kasih sangat diatas sokongan anda selama ini. 14 tahun di Sembang Sinar dan secara keseluruhan 20 tahun,” ujarnya.

Image_4.jpg

UNDUR DIRI DARI SINAR FM SELEPAS 14 TAHUN – ABBY FANA NAFI BERHENTI, TAPI KONTRAK TIDAK DISAMBUNG



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button