40 mangsa banjir di Hulu Selangor ditempatkan di pusat pemindahan

03/01/2021 11:27 PM

KUALA LUMPUR, 3 Jan — Seramai 40 penduduk dari empat kampung di Kuala Kubu Bharu, Hulu Selangor ditempatkan di pusat pemindahan sementara di Dewan Orang Ramai Kampung Sungai Selisek selepas rumah mereka dilanda banjir berikutan hujan berterusan sejak awal pagi tadi.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Selangor Norazam Khamis berkata mangsa merupakan sebahagian daripada 190 individu yang menghuni 39 rumah di Kampung Sekolah, Kampung Masjid, Kampung Paya Lebar dan Kampung Sungai Nilam.

“Baki mangsa terlibat bagaimanapun terdahulu telah berteduh di rumah saudara terdekat,” menurutnya dalam kenyataan hari ini.



Beliau berkata pihak bomba dimaklumkan mengenai kejadian banjir itu pada 4.07 petang sebelum menugaskan anggotanya untuk menjalankan operasi menyelamat.

Katanya pihak bomba bersama-sama Polis Diraja Malaysia, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia dan Jabatan Sukarelawan Malaysia masih berada di lokasi bagi memantau keadaan.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker