Bangunan Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang ditutup bagi tujuan sanitasi, disinfeksi


Gambar fail

03/01/2021 11:31 PM

KUALA LUMPUR, 3 Jan — Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU), Ibu Pejabat Jabatan Bantuan Guaman (JBG) dan Jabatan Insolvensi Malaysia (MdI) yang beroperasi di Bangunan BHEUU, Presint 3, Putrajaya akan ditutup esok dan Selasa bagi kerja-kerja sanitasi dan disinfeksi.

Unit Komunikasi Korporat BHEUU Jabatan Perdana Menteri dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan langkah itu dilakukan bagi menjaga kesihatan dan keselamatan kakitangan dan orang awam yang berurusan dengan BHEUU, JBG dan MdI dalam usaha mengekang penularan wabak COVID-19.

“Sehubungan itu, semua perkhidmatan dan temu janji secara bersemuka di BHEUU, JBG dan MdI adalah ditangguhkan sehingga pejabat dibuka dan beroperasi semula pada Rabu (6 Jan),” menurut kenyataan itu.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker