Hadi Awang: Bukan Islam Boleh Guna Kalimah Allah

Hadi Awang: Bukan Islam Boleh Guna Kalimah Allah

Hadi Awang: Bukan Islam Boleh Guna Kalimah Allah

Masyarakat Islam di negara kita dikejutkan dengan keputusan kerajaan untuk menarik balik rayuan keputusan Mahkamah Tinggi berkenaan penggunaan kalimah Allah oleh masyarakat bukan Islam.

Perkara itu disahkan oleh Menteri Dalam Negeri, Saifuddin Nasution.

Isu ini timbul apabila seorang wanita beragama Kristian, Jill Ireland Lawrence Bill, memohon pengisytiharan penggunaan kalimah Allah dalam penerbitan pembelajaran agama berkenaan.



Pada 10 Mac 2021, Mahkamah Tinggi telah membenarkan semakan kehakiman Jill Ireland berkenaan isu penggunaan kalimah Allah.

Pihak kerajaan kemudiannya memfailkan semakan kehakiman keputusan yang telah dibuat oleh Mahkamah Tinggi.

Namun pada 18 April lalu, Pejabat Peguam Negara telah memaklumkan kepada pendaftar mahkamah mengenai keputusan kerajaan menarik balik semakan kehakiman yang telah difailkan.

Saifuddin ketika ditanya oleh pihak media, berkata:



“Kalau boleh bagi kami teliti balik (isu ini) dan akan kembali dengan fakta kepada media”.

“Isunya keputusan mahkamah berkait penggunaan kalimah Allah yang sudah sampai kepada mahkamah yang di atas”.

“Saya pilih untuk tidak memberikan penjelasan hari ini”.

“Saya akan nyatakan dalam sidang media terdekat ini”.

Penulis tidak pasti sama ada keputusan kerajaan menarik balik rayuan keputusan Mahkamah Tinggi adalah kerana masalah teknikal atau ada masalah lain.

Namun begitu, apa pun alasannya, pihak kerajaan mesti memberikan penjelasan kepada masyarakat Islam di negara ini.

Isu ini bukanlah satu isu yang boleh diketepikan begitu sahaja.

Penulis yakin, pihak Perikatan Nasional akan mempolitikkan isu ini di dalam kempen pilihanraya di 6 negeri yang akan datang.

Tetapi jangan lupa, presiden PAS, Hadi Awang, sendiri pernah mengeluarkan kenyataan bahawa penggunaan kalimah Allah dibenarkan kepada masyarakat bukan Islam.

Baca di sini:

https://www.mstar.com.my/lokal/semasa/2013/01/09/bukan-islam-boleh-guna-kalimah-allah–hadi

Atau Hadi Awang akan keluarkan dalil baharu bertujuan untuk mempolitikkan isu yang sama.

 

Hadi Awang: Bukan Islam Boleh Guna Kalimah Allah

 

Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker