COVID-19: Lampiran yang tular di WhatsApp tidak tepat – KKM
03/01/2021 11:50 PM
KUALA LUMPUR, 3 Jan — Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini menjelaskan maklumat dalam satu lampiran yang tular di aplikasi WhatsApp berhubung ‘Kes Covid dikesan dalam tempoh 14 hari’ adalah tidak tepat.
KKM dalam satu hantaran di Facebook memaklumkan Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis (CPRC) juga mendapati maklumat pada kandungan lampiran berkenaan mengelirukan.
“Untuk makluman, jumlah yang dilaporkan sebenarnya meliputi radius satu kilometer bagi tempoh 14 hari dan bukan di kawasan-kawasan yang tertera dalam grafik ini.
Hentikan berkongsi grafik yang tidak tepat ini. Gunakanlah ‘hotspot tracker’ dalam aplikasi MySejahtera dengan betul untuk merancang perjalanan anda dan sentiasa patuhi SOP (prosedur operasi standard),” kata KKM.