DATUK SERI VIDA BERSYUKUR DAPAT HAK PENJAGAAN ANAK, TIADA NIAT PUTUSKAN HUBUNGAN

Hebahkan !!!

“Alhamdulillah, hak penjagaan hadanah dapat pada saya dan kes ini tidak dipanjang-panjangkan atas budi bicara hakim. Hakim sendiri yang bertanyakan kepada Cik B dan Kacak dan memang saya tidak pernah menghalang untuk mereka berhubung dengan bapa mereka.

“Saya sangat lega kerana keputusan ini tidak mengganggu emosi anak-anak. Saya harap lepas ini jangan pula ada yang cakap Cik B dan Kacak derhaka pula (sebab tidak mahu jumpa bapa).

“Yang bercakap memang sedap, tapi yang menghadapinya kami,” demikianlah kata usahawan kosmetik, Datuk Seri Hasmiza Othman atau lebih dikenali sebagai Datuk Seri Vida (DSV) yang meluahkan rasa syukur apabila hak penjagaan terhadap kedua-dua anaknya berpihak kepadanya.

Menurut Vida, dia juga lega kes tersebut tidak berpanjangan dan menganggu emosi anak-anaknya iaitu Nur Edlynn Zamilleen, 16, atau lebih dikenali sebagai Cik B dan Eric Zaquan (Kacak), 14.

Klik untuk gambar besar

Image_2.jpg

Terdahulu pada pagi Isnin, Mahkamah Syariah Kota Bharu, Kelantan membuat keputusan mengenai tuntutan hak penjagaan anak ahli perniagaan itu yang difailkan oleh bekas suami, Mohd Amin Yasin pada November lalu.

Menerusi keputusan tersebut, Hakim Mahkamah Tinggi Syarie, Abu Bakar Abdullah Kutty memerintahkan bekas suaminya untuk tidak mengganggu kedua-dua remaja itu sekiranya mereka belum bersedia untuk berhubung dengan bapa mereka.

Vida turut menambah, dia tidak berniat untuk memutuskan hubungan di antara bapa dan anak, namun disebabkan konflik yang pernah melanda keluarga menyebabkan dia terpaksa melindungi anak-anaknya.

“Cik B dan Kacak boleh hubungi ayah mereka, bukan sebaliknya. Saya tak nak putuskan silaturrahim tapi anak-anak sendiri yang belum bersedia untuk berjumpa dengan ayah mereka atas sebab-sebab tertentu,” ujarnya.

Image_3.jpg

Sementara itu, Cik B berkata, dia dan Kacak akan menghubungi bapa sekiranya mereka sudah bersedia: “Saya rasa lega kes ini sudah berakhir dan kalau saya dah bersedia, saya sendiri akan call ayah,” katanya.

Pada 3 November lalu, Mohd Amin yang juga seorang peniaga diwakili peguam Mohd Zaki Zainal Abidin dan Nik Mohamad Amin Nik Abdullah memfailkan tuntutan hadanah iaitu hak lawatan, bermesra dan bermalam bersama anak-anak.

Mohd Amin sebelum ini menyatakan kali terakhir dia bertemu dengan anak-anaknya pada Mei 2018. Untuk makluman, Vida dan Mohd Amin berkahwin pada tahun 2000 dan bercerai pada 2008.

Mereka dikurniakan empat cahaya mata, namun anak pertama dan kedua mereka meninggal dunia dalam kejadian kebakaran rumah di Ipoh, Perak pada 3 Ogos 2013.

Image_4.jpg

Image_5.jpg

Image_6.jpg

Image_7.jpg

Image_8.jpg

Image_9.jpg

Image_10.jpg

Image_11.jpg

Leave a Reply

%d bloggers like this: