Jepun mungkin isytihar darurat di Tokyo, tiga wilayah lain


Yushihide Suga (Photo: POOL/ZUMA Wire/dpa)

04/01/2021 12:16 PM

TOKYO, 4 Jan — Perdana Menteri Jepun Yoshihide Suga pada Isnin berkata kerajaan merancang mengisytiharkan darurat di Tokyo dan tiga wilayah sekitarnya berikutan peningkatan kes COVID-19, lapor Agensi Berita Xinhua.

Pada sidang media pertama tahun 2021, Suga turut berkata Jepun merancang memulakan vaksinasi COVID-19 bermula akhir Februari.



Sebelum ini pada April Jepun pernah mengisytiharkan darurat.

Berikutan lonjakan kes baru-baru ini, Gabenor Tokyo Yuriko Koike dan rakan sejawatannya di Chiba, Kanagawa dan Saitama pada Sabtu mendesak kerajaan pusat mengisytiharkan darurat.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button