Kanak-kanak tiga tahun maut, tiga ahli keluarga cedera dalam kemalangan di MRR2

03/01/2021 09:45 PM

KUALA LUMPUR, 3 Jan — Seorang kanak-kanak berusia tiga tahun maut manakala ibu bapa dan abangnya cedera selepas kereta yang mereka naiki terbalik di Kilometer 14.5 Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 (MRR2) pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Gombak ACP Arifai Tarawe berkata dalam kejadian pada 10 pagi itu, mangsa bersama keluarganya, yang menaiki kereta jenis Nissan Almera dari Rawang ke Ampang, dipercayai sedang melalui selekoh sebelum terbabas ke kiri jalan dan terbalik.

“Kejadian itu menyebabkan pemandu yang juga bapa mangsa berumur 42 tahun mengalami kecederaan pada bahagian pinggang dan sedang dirawat di Hospital Kuala Lumpur.



“Isterinya yang berumur 43 tahun serta seorang lagi anak mereka yang berusia enam tahun mengalami kecederaan ringan,” menurutnya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata mayat kanak-kanak itu telah dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Selayang untuk bedah siasat dan kes diklasifikasikan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker