Pembangkang Akan Terus Hilang Sokongan Dari Sekurang-Kurangnya 7 Ahli Parlimen

Pembangkang Akan Terus Hilang Sokongan Dari Sekurang-Kurangnya 7 Ahli Parlimen

Pembangkang Akan Terus Hilang Sokongan Dari Sekurang-Kurangnya 7 Ahli Parlimen

Di sebalik keghairahan Perikatan Nasional menjaja cerekarama Kerajaan Perpaduan akan tumbang, ironiknya, realiti yang berbeza sedang berlaku.

Ahli Parlimen Bukit Gantang, Syed Abu Hussin Hafiz mendakwa tujuh hingga lapan lagi ahli parlimen pembangkang akan menyatakan sokongan mereka terhadap Kerajaan Perpaduan.

Syed Abu Hussin Hafiz mendakwa pengumuman akan dibuat dalam waktu terdekat ini.

Tetapi, beliau tidak mendedahkan sama ada ahli parlimen terbabit adalah dari PPBM atau PAS.

Beliau hanya meminta supaya semua pihak untuk menunggu pengumuman daripada individu terlibat.

“Sekarang ada tujuh hingga lapan orang”.

“Tunggu masa akan ada pengumuman, dalam masa terdekat”.

“Dari beberapa negeri, kerana semua mereka dari kawasan Melayu,” jelas beliau.

Untuk rekod, termasuk beliau, setakat ini Perikatan Nasional sudah kehilangan sokongan dari 5 ahli parlimen mereka.

Sekiranya benar seperti apa yang didakwa oleh Syed Abu Hussin Hafiz, Perikatan Nasional bakal kehilangan sekurang-kurang 7 ahli parlimen.

Ini menjadikan sokongan terhadap Perikatan Nasional akan terus berkurangan dari 69 ahli parlimen kepada hanya 62 atau 61 ahli parlimen.

Dalam artikata lain, sekiranya Perikatan Nasional mahu menubuhkan kerajaan, mereka memerlukan sekurang-kurang sokongan dari 50 ahli parlimen dari blok kerajaan.

Apakah Perikatan Nasional mampu mempengaruhi sekurang-kurangnya 50 ahli parlimen dari blok kerajaan untuk berpaling tadah?

Kalau pun mereka mampu, Sultan Johor yang bakal ditabalkan sebagai YDP Agong pada akhir Januari 2024, secara jelas dan tegas sudah menzahirkan pendirian baginda.

Keutamaan baginda adalah kepada 33 juta rakyat Malaysia dan bukannya kepada 222 ahli parlimen dan tidak mungkin kepada 69 ahli parlimen pembangkang.

Pembangkang Akan Terus Hilang Sokongan Dari Sekurang-Kurangnya 7 Ahli Parlimen

 

Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker