Polis musnah bom tinggalan perang dunia kedua

03/01/2021 11:33 PM

SEREMBAN, 3 Jan — Polis berjaya memusnahkan sebutir bom lama jenis mortar dipercayai tinggalan semasa Perang Dunia Kedua di kuari Jalan Labu Seremban dekat sini semalam.

Ketua Polis Daerah Seremban ACP Mohd Said Ibrahim berkata bom itu ditemukan seorang pekerja lelaki berusia 47 tahun ketika melakukan kerja pengorekan tanah di Kampung Chedang di sini pada kira-kira 4.30 petang.

“Pekerja tersebut kemudian menghubungi polis seterusnya sepasukan anggota dihantar ke lokasi kejadian untuk siasatan.

“Siasatan mendapati objek tersebut adalah satu bom lama jenis mortar berukuran 81 milimeter dipercayai peninggalan semasa Perang Dunia Kedua,” menurutnya dalam kenyataan malam ini.

Beliau berkata pihaknya berjaya mengalihkan bom itu ke kawasan selamat di kuari Jalan Labu dan ia berjaya dimusnahkan pada 6.30 petang.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker