COVID-19: Senarai berita palsu tular setakat 9.30 pagi, 13 Mei – KKMM

KUALA LUMPUR, 13 Mei  — Berikut adalah senarai penafian berita tular dalam media sosial oleh agensi yang bertanggungjawab melalui kenyataan media Pasukan Respons Pantas Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) pagi ini.

 

1. Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menafikan dakwaan bahawa pihaknya membenarkan penganjuran bazar Ramadan susulan tularnya sebuah video yang memaparkan kesesakan orang awam membeli juadah berbuka puasa di Kampung Pandan. Berdasarkan pemantauan DBKL tapak itu bukan bazar Ramadan tetapi hanyalah gerai menjual makanan di tepi jalan yang dikerumuni pengunjung yang tidak mematuhi jarak sosial. DBKL menegaskan bahawa pihaknya kekal dengan keputusan tidak membenarkan sebarang penganjuran bazar Ramadan pada tahun ini.

 

2. Gedung membeli-belah Metrojaya menafikan dakwaan bahawa barang jualan di cawangan Metrojaya Suria, Sabah adalah produk tiruan kerana telah mengalami kerosakan setelah premis itu ditutup sepanjang tempoh PKP seperti yang tular dalam media sosial. Pihaknya memberi jaminan bahawa semua produk yang rosak telah diganti dengan stok baharu dan pihak pengurusan Metrojaya sedang menjalankan siasatan untuk mengetahui sebab sebenar produk itu mengalami kerosakan sedemikian rupa.

 

— BERNAMA



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker