RASMI- Ahmad Jazlan Yaakob Letak Jawatan Sebagai Pengerusi MPOB

Demi kepentingan maruah  perjuangan dalam parti, tindakan berani Pengerusi Umno Kelantan, Ahmad Jazlan Yaakob telah mengambil keputusan yang drastik dengan mengumumkan perletakan jawatannya sebagai pengerusi Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB).

Sebelum ini, beliau telah memberi kata dua kepada kepimpinan kerajaan Perikatan Nasional agar segera membubarkan Parlimen.

Tetapi hari ini, pada jam 4.00 petang, beliau telah menghantar surat perletakan jawatannya yang mana akan berkuat kuasa pada 6 Januari 2021.

“Pada hari ini, 4 Januari 2021 jam empat petang, saya telah menghantar surat perletakan jawatan saya sebagai Pengerusi MPOH yang berkuatkuasa mulai 6 Januari 2021.

Surat perletakan jawatan tersebut telah diserahkan kepada Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi.

Perletakan jawatan ini dilihat sebagai tanda hormat dan  prinsip perjuangan dengan keputusan 12 bahagian  UMNO di Kelantan telah meluluskan usul untuk tidak akan bekerjasama dengan kerajaan PN.

Tindakan ini sekali gus memperlihatkan bahawa jawatan dan pangkat bukan segala galanya, tetapi maruah diri dan juga parti yang mana sebuah pengorbanan dalam perjuangan harus diteruskan bersama akar umbi.

Peletakan jawatan ini di saat pergeseran antara Bersatu dan Umno kembali hangat, antaranya dengan 189 daripada 191 bahagian Umno dilaporkan membuat keputusan untuk menolak kerjasama dengan Bersatu dalam pilihan raya umum ke-15 (PRU15).

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker