“SAYA & SUAMI DALAM FASA BERBAIK” – PUTERI SARAH MOHON DOA

“Kami sudah berbincang dan menemui jalan penyelesaian. Apa yang boleh dikatakan, saya dan suami dalam fasa berbaik. Kami mengharapkan doa yang baik. Janganlah mengharapkan perkara buruk kerana saya tahu apabila saya jatuh, ada orang akan gelak dan tepuk tangan.

“Jadi, saya takkan membiarkan rumah tangga kami hancur sebegitu,” demikian jelas pelakon Puteri Sarah Liyana, 35, yang mengulas perkembangan konflik rumah tangga apabila memberitahu dia dan suaminya, Syamsul Yusof, 36, kini dalam fasa berbaik.

Kemelut rumah tangga pasangan selebriti nampaknya sudah menemui jalan penyelesaian. Sehubungan itu, Puteri Sarah memohon orang ramai mendoakan yang terbaik buat mereka sekeluarga.

Dalam pada itu, Puteri Sarah atau nama penuhnya, Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin turut bergurau mengenai kehadiran anak ketiga yang menjadi impiannya dan suami.

Klik untuk gambar besar

Image_2.jpg

Sebelum ini, kisah rumah tangga Puteri Sarah dan Syamsul kecoh diperkatakan apabila pasangan sudah hampir tiga bulan tidak tinggal sebumbung. Biarpun rumah tangganya diuji, Puteri Sarah berkata, dia tetap bersyukur kerana ujian membawa lebih banyak rezeki padanya dan dua cahaya mata.

“Walaupun pada 2020 ada perkara buruk yang berlaku dalam hidup saya, Allah gantikan dengan rezeki yang melimpah ruah. Rezeki yang lebih baik untuk saya dan anak-anak.

“Saya melihat 2021 adalah permulaan yang baik untuk saya dan anak-anak. Mereka juga baru sahaja menandatangani kontrak untuk menjadi duta kepada produk bayi. Dalam masa yang sama, saya juga dilantik sebagai duta.

Image_3.jpg

“Selain itu, saya juga baru selesai menjayakan telefilem Rindu Rahman, ‘Jangan Curi Hati Saya’ dan drama ‘Melastik Ke Hatimu’ untuk siaran TV3. Saya juga memulakan penggambaran drama ‘Ustazah Robotik’ bersama TV Alhijrah, semalam,” tuturnya.

Melihat perkembangan hidup yang positif, Puteri Sarah berharap, 2021 akan menjadikan dirinya insan yang lebih baik: “Pada 2021 ini saya mengharapkan perkara lebih baik berlaku dan insya-Allah moga dipermudahkan semuanya. Tahun ini juga saya mula menyertai kelas usrah sebab saya merasakan perlu mendalami ilmu agama.

“Apabila menghadiri majlis ilmu, ada malaikat yang bersama kita, itu yang membuatkan saya jadi tenang dan lupa sekejap hal dunia. Saya juga cuba ubah hidup menjadi lebih positif, bahagia dan tenang. Sebaik-baiknya, saya baiki diri terlebih dadulu barulah boleh betulkan orang lain,” kata ibu kepada Syaikhul Islam, 3 dan Sumayyah, 1.

Image_4.jpg

Image_5.jpg

Image_6.jpg

Image_7.jpg

Image_8.jpg

Leave a Reply