Amaran Terakhir Polis Kepada Penganjur Himpunan Selamatkan Malaysia

Dari Perhimpunan Selamatkan Malaysia Kepada Perhimpunan Hari Malaysia

Amaran Terakhir Polis Kepada Penganjur Himpunan Selamatkan Malaysia

Penganjur Perhimpunan Selamatkan Malaysia tetap berdegil untuk meneruskan perhimpunan tersebut pada Sabtu (16 September) ini.

Penyelaras himpunan berkenaan, Badrul Hisham Shaharin, berkata keputusan itu dibuat dalam mesyuarat Sekretariat Gerakan Selamatkan Malaysia.

“Perhimpunan diadakan secara aman diikuti dengan solat Zohor di Masjid Jamek Kampung Baru, Kuala Lumpur”.

“Kita galakkan memakai baju putih dan membawa bendera Malaysia,” jelas Badrul Hisham.



Sebelum ini, Tmbalan Ketua Polis Negara, DS Ayob Khan, berkata pihak PDRM tiada halangan sekiranya semua syarat Seksyen 9(1) Akta Perhimpunan Aman 2012 dipatuhi.

Antara syarat utama adalah pihak penganjur mesti mendapatkan kebenaran dari PDRM sekurang-kurangnya 5 hari sebelum hari perhimpunan.

Namun sehingga ke saat ini, penulis difahamkan, pihak PDRM masih belum mendapat apa-apa permohonan dari pihak penganjur.

Ini sudah jelas tidak mengikuti syarat yang ditetapkan dalam Seksyen 9(1) Akta Perhimpunan Awam 2012.



Ekoran itu, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Allaudeen Abdul Majid, menasihati orang ramai supaya tidak menyertai perhimpunan tersebut.

Penulis bersetuju dengan nasihat dan ingatan yang diberikan oleh pihak polis kepada orang ramai.

Penulis tidak nampak apa rasionalnya alasan perhimpunan yang kononnya untuk menyelamatkan undang-undang dan perlembagaan negara.

Tetapi, di masa yang sama, pihak penganjur sendiri tidak menghormati undang-undang negara dengan melanggar syarat Akta Perhimpunan Awam 2012.



Tidakkah sikap sebegitu adalah ibarat ayam jantan yang kokok berderai-derai tetapi ekor sendiri bergelumang tahi.

Malaysia memang sebuah negara demokrasi di mana setiap warganya bebas untuk bersuara.

Namun begitu, kebebasan yang diberikan oleh perlembagaan adalah juga tertakluk kepada syarat-syarat tertentu yang juga ditetapkan oleh perlembagaan.

Negara kita mempunyai undang-undang yang mesti dihormati dan dipatuhi oleh setiap rakyat Malaysia.



@acik.mantera

♬ original sound – aCik.manTera – aCik.manTera

Sekiranya masih ada yang mahu mencabar pihak berkuasa, bersedialah dengan tindakan tegas yang akan diambil.

Jangan pula nanti menuduh pihak berkuasa bersikap zalim dan menyekat kebebasan bersuara rakyat Malaysia.



Amaran Terakhir Polis Kepada Penganjur Himpunan Selamatkan Malaysia

 

Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button