BIMBANG KEADAAN BANJIR – SITI NURHALIZA DOA KESELAMATAN IBU & KELUARGA DI KAMPUNG, PAHANG

“Banjir semakin teruk di beberapa negeri termasuk di negeri Pahang. Saya mendoakan agar ujian ini dipermudahkan untuk semua yang terbabit mengharunginya. Semoga bantuan, prihatin dan ihsan sesama kita dapat dihulurkan bagi membantu. Ayuh kita doakan agar segalanya pulih seperti sedia kala.

“Semoga ibu, keluarga dan orang kampung saya di Kuala Lipis, Pahang juga dalam keadaan baik dan dilindungi Allah untuk kita semua walau di mana saja kita berada,” demikian kata penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza yang mengakui tersentuh dengan paparan berita, gambar dan video melibatkan kejadian banjir yang berlaku di beberapa negeri sejak beberapa hari lalu.

Menerusi laman Instagramnya, Siti turut memohon doa orang ramai agar semua yang terkesan dengan insiden itu diberikan ketabahan untuk melalui segala dugaan.

Ini termasuk juga ibu penyanyi tersohor itu, Siti Salmah Bachik, 69, yang menetap di kampung halamannya di Lipis, Pahang bersama ahli keluarga yang lain.



Klik untuk gambar besar

Image_2.jpg

Sementara itu, entri Siti itu turut menarik perhatian beberapa penduduk Lipis yang turut memberikan perkembangan tentang situasi di sana untuk pengetahuan penyanyi tersebut.

Seorang pengguna Instagram, memberikan komen memaklumkan kawasan Lipis, Raub dan Bentong merupakan antara daerah yang paling terus terjejas disebabkan hujan berterusan sejak Ahad.

“Ramai orang-orang kampung yang masih terkandas dekat bumbung-bumbung rumah dengan hujan yang tidak berhenti sejak tiga hari lepas. Please pray for Pahang,” jelasnya.



Image_3.jpg

“Terima kasih Tokti. Alhamdulillah di Lipis keadaan semua terkawal” tulis netizen yang laindi ruangan komen Instagram penyanyi itu.

Menerusi laporan media, seramai 10,501 mangsa banjir daripada 2,949 keluarga telah ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) melibatkan tiga negeri iaitu Pahang, Johor dan Selangor setakat pukul 8 malam Ahad.

Pahang mencatatkan jumlah keseluruhan mangsa yang ditempatkan di PPS negeri itu adalah sebanyak 4,500 mangsa daripada 1,367 keluarga. PPS Pahang telah dibuka di sembilan daerah iaitu di Kuantan, Temerloh, Bentong, Maran, Rompin, Pekan, Raub, Jerantut dan Lipis.

Image_4.jpg

Image_5.jpg

SITI NURHALIZA SAHKAN HAMIL 4 BULAN – AAFIYAH BAKAL DAPAT ADIK

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker