Rakan YouTuber didakwa bunuh kekasih

Polis siasat kes bakar mercun tengah jalan

Balik Pulau: Lelaki dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas pertuduhan membunuh wanita yang juga kekasihnya, 3 April lalu.

Tertuduh, Abdul Jamal Ahmad, 23, mengangguk faham terhadap pertuduhan yang dibacakan di hadapan Majistret Nur Fadrina Zulkhairi.

Bagaimanapun tiada sebarang pengakuan direkodkan daripada tertuduh.



Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan bunuh dengan menyebabkan kematian ke atas Nur Diyanah Harris, 21, di No 12A Lintang Kampung Masjid 3, Teluk Kumbar, di sini, antara 9 pagi hingga 5 petang, 3 April lalu.

Bagi kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati.

Berikutan itu, tiada jaminan ditawarkan namun tertuduh boleh membuat rayuan di Mahkamah Tinggi.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nurul Atikah Asharaf Ali manakala tertuduh tidak diwakili peguam.



Mahkamah kemudiannya menetapkan tarikh sebutan semula pada 13 Julai depan bagi sebutan semula kes sementara menunggu laporan bedah siasat.

METRO

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button