Terharu Diajak Berduet, Datuk Seri Siti Nurhaliza Mahu Putri Ariani Berpegang Teguh Kepada Jati Diri Dan Agama

Bangga dan teruja pasti dirasai oleh setiap ibu bapa apabila melihat kejayaan anak meraih setiap kejayaan anak-anak yang telah tercapai.

Bagi si anak pula ia adalah satu hadiah yang cukup bermakna buat mereka. Segala perit jerih keringat ibu bapa mereka dapat dihadiahkan dengan kejayaan.

Bahkan mengikut ajaran agama Islam, hukum berbuat baik kepada kedua ibu bapa adalah wajib. Kewajipan berbakti kepada ibu bapa diletak di tangga kedua selepas kewajipan beribadah kepada ALLAH SWT.

Berbahas soal ini, baru-baru ini penyanyi kesayangan ramai, Datuk Seri Siti Nurhaliza terharu dan memberi kata-kata semangat kepada peserta program realiti America’s Got Talent 2023 dari Indonesia, Putri Ariani, yang berhasrat ingin berduet dengannya.

Terharu Diajak Berduet, Datuk Seri Siti Nurhaliza Mahu Putri Ariani Berpegang Teguh Kepada Jati Diri Dan Agama

Menerusi Instagram Story  rasmi TokTi, dia turut menitipkan pesan kepada Putri Ariani agar terus berusaha untuk membanggakan ibu bapanya serta negara termasuk berpegang teguh pada agama dan jati diri.

DISYORKAN UNTUK ANDA :

Satu Lagi Tanah Rakyat Terengganu Kena Sakau Dengan PAS

“Masya Allah adik Putri Ariani, teruslah berjaya dan terbang tinggi, banggakan ibu bapa mu dan negara mu, serta terus menjaga agama dan jati dirimu,” tulisnya.

Coretan ingatan ikhlas daripada Siti itu mendapat maklum balas daripada Putri Ariani yang berterima kasih dan menyatakan impiannya untuk bertemu sekali gus dapat berduet dengan penghibur nombor satu tanah air itu.

Terharu Diajak Berduet, Datuk Seri Siti Nurhaliza Mahu Putri Ariani Berpegang Teguh Kepada Jati Diri Dan Agama

“Terima kasih banyak. Putri suka sangat lagu-lagu Siti, semoga boleh berjumpa, nak sangat berduet,” balasnya yang mendapat respon seterusnya daripada Siti.

Terdahulu, memetik laporan berita, nama Putri Ariani menjadi tular dan menarik perhatian netizen di media sosial selepas mendapatkan ‘Golden Buzzer’ daripada juri America’s Got Talent 2023, Simon Cowell pada sesi uji bakat disertainya.

DISYORKAN UNTUK ANDA :

Satu Lagi Tanah Rakyat Terengganu Kena Sakau Dengan PAS

Menariknya mengenai gadis istimewa ini, dia disifatkan Cowell sebagai antara peserta terbaik pernah terbabit dalam America’s Got Talent yang layak mendapatkan ‘Golden Buzzer’ itu kerana bakat dimiliki.

Mengenali Cowell yang tidak mudah menekan butang ‘Golden Buzzer’ untuk diberikan kepada peserta, Putri Ariani berjaya mencetuskan kejutan ramai.

Apatah lagi, Putri Ariani yang cacat penglihatan tampil berani mempertaruhkan lagu ciptaannya sendiri dalam uji bakat itu, sebelum menyahut cabaran Cowell menghiburkan tetamu dengan lagu Sorry Seems to Be the Hardest Word nyanyian asal, Sir Elton John.

Tidak hanya Siti, gadis ini juga sangat kagum dan meminati penyanyi terkenal kelahiran negaranya iaitu Datuk Seri Rossa yang disifatkan memiliki vokal lunak dan mantap.

Sehubungan itu, video persembahan uji bakat Putri Ariani yang ‘trending’ nombor tiga di YouTube hingga kini sudah mencatat 26 juta tontonan dalam tempoh enam hari dimuat naik sejak 7 Jun lalu.

DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Satu Lagi Tanah Rakyat Terengganu Kena Sakau Dengan PAS

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker