EU, AS tolak permintaan Venezuela tarik balik beku aset



04/01/2021 02:28 PM

BUENOS AIRES, 4 Jan — Beberapa negara Kesatuan Eropah (EU) dan Amerika Syarikat (AS) menolak permintaan Venezuela supaya menarik balik asetnya yang dibekukan bagi membolehkan negara berdepan sekatan itu dapat membeli vaksin COVID-19, lapor agensi berita Sputnik.

“Kerajaan Portugal, Sepanyol, United Kingdom dan AS serta institusi kewangan mereka telah membekukan dan menyekat dana untuk mengakses vaksin. Kita melalui WTO mahu mereka memberi kita akses kepada dana, permintaan kita ditolak,” kata Presiden Nicolas Maduro pada Ahad.

Beliau menambah Naib Presiden Delcy Rodriguez telah mengadakan perbincangan dengan menteri luar negara terbabit, tetapi mereka menolak permintaan Venezuela.



Sebagai sebahagian usaha menggulingkan Maduro, AS dan negara Barat lain menyokong pemimpin pembangkang Juan Guaido dan mengenakan sekatan ke atas Venezuela selain membekukan asetnya di luar negara.

Venezuela sedia adakan pilihan raya Parlimen 6 Dis



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker