Flat Pudu Impian 1 bergegar akibat gempa di Wilayah Nias

Kuala Lumpur: Gempa bumi bermagnitud 6.2 yang melanda Wilayah Nias, Sumatera Utara, Indonesia, turut dirasai penduduk di Lembah Klang.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur menerima satu panggilan mengenai gegaran di Flat Pudu Impian 1, Cheras, dekat sini, sebentar tadi.

Jurucakap JBPM Kuala Lumpur berkata, pengadu memaklumkan merasai gegaran di bangunan kediaman berkenaan.

“Jentera bomba dihantar ke lokasi bagi menjalankan pemantauan dan pemeriksaan,” katanya.



Beliau berkata, ketika ini pasukan sedang berada di lokasi dan maklumat lanjut akan menyusul.

METRO

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker