Indonesia mula edar vaksin COVID-19 keluaran China

04/01/2021 02:02 PM

BEIJING, 4 Jan — Vaksin COVID-19 keluaran firma farmaseutikal China, Sinovac Biotech diedarkan di seluruh Indonesia bermula Ahad.

Jurucakap Bio Farma, Bambang Heriyanto menyatakan pihaknya telah melaksanakan pengagihan vaksin itu kepada agensi-agensi kesihatan di 34 wilayah.

“Pelbagai kemudahan sudah disiapkan untuk memudahkan kerja-kerja pengagihan vaksin.

“Kini, terdapat lebih 10,000 pusat kesihatan dan 40 pejabat kesihatan pelabuhan (KKP) bersiap sedia untuk menerima vaksin berkenaan,” ujar Bambang menerusi satu sidang media di Jakarta pada Ahad.

Menurut beliau, pengendalian dan penghantaran menggunakan kaedah sejuk beku pada suhu antara dua hingga lapan darjah Celsius turut melancarkan pengagihan vaksin.

Sementara itu, jurucakap Kementerian Kesihatan negara itu, Siti Nadia Tarmizi berkata, ujian klinikal vaksin China yang dijalankan di Turki dan Brazil menunjukkan keberkesanan yang amat memuaskan.

Jelas beliau, keputusan itu didapati sama seperti yang diperoleh Indonesia menerusi ujian klinikal fasa ketiga.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker