Jumlah korban COVID-19 di Amerika Selatan hampiri setengah juta

04/01/2021 05:40 PM

ANKARA, 4 Jan — Angka korban akibat COVID-19 di Amerika Selatan kini menghampiri setengah juta dengan 365,000 kematian dilaporkan pada Isnin, lapor Agensi Anadolu.

Menurut Johns Hopkins University, Brazil terus menjadi negara paling teruk diancam apabila lebih 196,000 orang meninggal dunia, hampir lima kali ganda jumlah korban di Colombia yang merekodkan 44,000 kematian – kedua tertinggi di rantau ini .



Diikuti Argentina dan Peru masing-masing hampir 43,500 dan 37,800 kematian.

Chile dan Ecuador di kedudukan enam teratas, Chile dengan 16,800 kes kematian manakala Ecuador lebih 14,000 kes.

Bolivia melaporkan 9,201 korban COVID-19 dan negara-negara Amerika Selatan lain mencatatkan kematian di bawah angka 3,000.

Sementara itu, media tempatan melaporkan angka kematian di wilayah Amerika Selatan dan Caribbean sudah melebihi setengah juta.



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button