Kevin Sanjaya positif COVID-19, batal sertai kejohanan badminton di Thailand

04/01/2021 08:03 PM

Oleh Mohd Shukri Ishak

JAKARTA, 4 Jan — Pasangan bergu lelaki nombor satu dunia, Kevin Sanjaya Sukamuljo dan Marcus Fernaldi Gideon membatalkan penyertaan mereka ke kejohanan badminton di Thailand selepas Kevin Sanjaya disahkan positif COVID-19.

Menurut kenyataan Persatuan Bulu Tangkis Seluruh Indonesia (PBSI), Kevin Sanjaya, 25, menjalani ujian swab pada 31 Dis lepas dan disahkan positif.

Pasangan itu membatalkan penyertaan mereka di Thailand iaitu Kejohanan Yonex Terbuka Thailand yang dijadualkan pada 12 hingga 17 Jan, Kejohanan Toyota Terbuka Thailand (19 hingga 24 Jan) dan Jelajah Dunia Akhir BWF 2020 (27 hingga 31 Jan 2021).

Sementara itu, menurut data yang disiarkan di laman twitter rasmi Badan Nasional Pengurusan Bencana Indonesia @BNPB_Indonesia hari ini, jangkitan COVID-19 di negara itu kini meningkat kepada 772,103 kes, dengan tambahan 6,753 kes baharu dalam tempoh 24 jam.

Bagi tempoh 12 tengah hari semalam sehingga 12 tengah hari ini, 177 lagi kematian berlaku, menjadikan jumlah kematian keseluruhan di republik itu kini 22,911 orang.

Tiada lagi kuarantin, 700 atlet bakal jalani latihan mulai 4 Jan

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker