Lebih 200 rumah terjejas akibat banjir

Lebih 200 rumah terjejas akibat banjir

Lebih 200 rumah terjejas akibat banjir

ISKANDAR PUTERI:  Lebih 200 kediaman di Taman Muafakat dan Taman Datuk Syed Idrus, di sini terjejas dilanda banjir kilat ekoran hujan lebat lebih dua jam bermula 9.30 pagi tadi.

Tinjauan Utusan Malaysia mendapati kebanyakan penduduk tidak sempat menyelamatkan peralatan rumah berikutan air naik dengan pantas sehingga setinggi 1.5 meter.

Seorang penduduk, Muhammad Fikri Razali, 35, berkata, air mulai naik kira-kira pukul 11.30 pagi sehingga mencecah paras dada.



“Saya hanya sempat mengeluarkan sebuah kereta ketika hujan lebat, ketika itu air hanya paras buku lali, tapi bila saya balik semula untuk alihkan sebuah lagi kereta, air sudah mulai naik sehingga paras pinggang. Jadi, tak sempat nak alihkan,’ katanya sambil memaklumkan banjir kali ini merupakan yang paling teruk.

Seorang suri rumah, Elya Shaharuddin, 36, juga tidak menyangka air naik dengan begitu cepat dan tidak sempat untuk menyelamatkan peralatan rumah.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Kenapa pembekuan akaun Kroni Tun Mahathir tidak dilaporkan meluas oleh media tempatan?


“Masa hujan lebat saya berada dalam rumah bersama-sama anak dan tak sangka pula boleh berlaku banjir dalam sekelip mata. Ketika air mulai naik saya menelefon pihak bomba dan penyelamat bagi membantu kerana terdapat jiran saya yang hendak bersalin,” katanya

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)  Iskandar Puteri, Datuk Pandak Ahmad turut membantu kerja-kerja menyelamat mangsa banjir bersama-sama anggota bomba, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM), Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) dan Yayasan Penyayang Iskandar Puteri (YPIP) serta penduduk setempat.



“Hujan pada hari ini amat lebat sehinggakan penduduk di dua taman di sini tidak menyangka boleh berlaku banjir dan air naik begitu pantas.

“Apa yang perlukan ialah menyelamatkan warga emas dan orang kurang upaya (OKU) yang terperangkap dalam rumah dan golongan wanita serta kanak-kanak terlebih dengan bantuan agensi kerajaan seperti bomba, JPAM dan MBIP dengan menggunakan bot penyelamat,” katanya.

Katanya, Dewan Raya Gelang Patah telah dibuka sebagai pusat pemindahan sementara (PPS)  bagi menempatkan mangsa banjir tersebut. – UTUSAN

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Kenapa pembekuan akaun Kroni Tun Mahathir tidak dilaporkan meluas oleh media tempatan?

 

Lebih 200 rumah terjejas akibat banjir

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker