Banteras kahwin bawah umur: Lebih 2,000 orang ditahan

Banteras kahwin bawah umur: Lebih 2,000 orang ditahan

Banteras kahwin bawah umur: Lebih 2,000 orang ditahan
BEBERAPA lelaki yang didakwa terlibat dalam perkahwinan kanak-kanak ditahan polis di Guwahati. – ANI

GUWAHATI: Polis di Assam, India berjaya menahan lebih 2,000 individu selepas didapati berkahwin atau mengatur perkahwinan dengan gadis bawah umur.

Menurut Himanta, polis mula menahan individu berkenaan pada Khamis lalu dan dijangka lebih ramai lagi akan ditangkap termasuk mereka yang membantu mendaftarkan perkahwinan demikian di kuil atau masjid.

“Perkahwinan bawah umur merupakan penyebab utama disebalik kehamilan pada usia kanak-kanak yang menyebabkan kadar kes kematian ibu dan bayi yang tinggi,” katanya.

Perkahwinan di bawah umur 18 tahun adalah dilarang di India, namun undang-undang itu dilanggar secara terang-terangan.

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menganggarkan jumlah perkahwinan bawah umur di India adalah tertinggi di dunia, iaitu menyaksikan lebih 220 juta pengantin kanak-kanak.

Berdasarkan laporan agensi kanak-kanak PBB, UNICEF pada 2000, hampir 1.5 juta gadis bawah umur dikahwinkan setiap tahun.

Kerajaan negeri Assam mendaftarkan kes berhubung perkahwinan bawah umur terhadap 4,004 individu.

Sementara itu, Ketua Pengarah Polis Assam, GP Singh berkata, seramai 2,044 orang ditahan pada hari pertama operasi termasuk 52 sami dan pegawai undang -undang yang membenarkan perkahwinan bawah umur itu.

Katanya, kanak-kanak seawal usia 12 tahun masih berkahwin dengan lelaki di negeri itu dan polis mengemukakan sejumlah 4,074 kes untuk disiasat. – REUTERS/AFP

Banteras judi: 904 individu ditahan, rampasan lebih RM500,000 dalam Op Limau

Banteras kahwin bawah umur: Lebih 2,000 orang ditahan

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


Kecewa dengan politik, 2 MP Umno bakal letak jawatan?

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker