Lelaki temui ajal menjelang sambutan Tahun Baharu Cina

Lelaki temui ajal menjelang sambutan Tahun Baharu Cina

Lelaki temui ajal menjelang sambutan Tahun Baharu Cina
Pasukan bomba berusaha mengeluarkan mayat mangsa dari kereta yang dipandunya sejurus terbabit dalam kemalangan di Jalan Jee Foh Utama, malam tadi. – NSTP/Erika George

MIRI: Seorang lelaki maut sebelum sempat menyambut Tahun Baharu Cina selepas kereta Honda HRV yang dipandunya bertembung dengan sebuah lagi kenderaan di Jalan Jee Foh Utama, di sini, malam tadi.

Menurut jurucakap Pasukan Gerakan Operasi Bomba Negeri Sarawak, mangsa yang maut di lokasi kejadian dikenali sebagai Lim Tze Kiat berusia 37 tahun.

Katanya, sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba Miri Sentral dengan menggunakan sebuah jentera FRT dan EMRS bergerak ke lokasi dinyatakan selepas menerima panggilan berhubung kemalangan pada jam 11.58 malam tadi.

Seorang lagi mangsa yang memandu kereta Honda Accord bagaimanapun hanya mengalami kecederaan dan sudah dibawa oleh orang awam ke hospital sebelum pasukan bomba tiba.

Mayat mangsa kemudiannya diserahkan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) sebelum dihantar ke Unit Forensik Hospital Miri bagi tujuan bedah siasat.

Niezam Zaidi Temui Ketenangan Join Tabligh

 

Lelaki temui ajal menjelang sambutan Tahun Baharu Cina

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


Setelah Gagal Dalam PAU 2022, ROS Pula Cuba Di Gunakan

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker