Annuar Musa Dedah Rahsia Parti?

Annuar Musa Dakwa Surat Sokongan Kepada Anwar Tulin

Suhu politik Malaysia hari ini panas di sebalik banjir yang melanda beberapa negeri. Pendedahan Tan Sri Annuar Musa mengenai satu surat sokongan yang ditandatangani Presiden Umno Dato Seri Zahid Hamidi dan Bekas Presiden Umno Dato Sri Najib Razak sebagai surat tulin.

Sumali Umno

Sejurus selepas sidang media, seorang pegawai TSAM mula mengedarkan surat yang didakwa sebagai sokongan Zahid dan Najib kepada Anwar Ibrahim menerusi pesanan whatsapp.

Annuar bertindak mendedahkan surat berkenaan dalam sidang media berikutan pertukaran jawatan Setiausaha Agung BN yang beliau duduki selama 10 bulan.

Perlembagaan Umno

Agak mengejutkan bagaimana beliau memperolehi surat yang didakwanya telah dipersembahkan kepada DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong? Sekiranya surat berkenaan telah dipersembahkan kepada Agong, bagaimana pula beliau mendapatkannya dari Istana Negara untuk ditayangkan kepada wartawan semasa sidang media?

Apakah tindakan Annuar Musa merupakan tindakan ‘balas dendam’ kerana digugurkan dari jawatan SUA BN? Sebagai ‘Orang Lama’ dalam Umno seperti didabiknya, sikap mendedahkan rahsia parti sangat menjengkelkan. Pelbagai spekulasi bermain di media sosial hingga ada yang memberi pendapat tindakan TSAM itu untuk mempengaruhi Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno yang dijadualkan bermesyuarat malam ini.

perlembagaan Umno

Perlakuan seumpama ‘Bertelur sebiji, riuh sekampung’ TSAM dilihat tidak mencerminkan keupayaan beliau memegang amanah serta kerahsiaan parti. Hanya kerana kecewa tidak lagi menjadi SUA BN, maka segala kudis ditayangkan kepada umum bagi memudahkan pihak lawan merendahkan maruah Umno itu sendiri. Ini merupakan tindakan tidak bermaruah yang dilakukan oleh seseorang yang pernah dilantik menjadi Setiausaha Agung Umno sebelum dilantik menjadi Setiausaha Agung BN.

Tulisan disumbangkan oleh – Osman Jailani, Batu Pahat Johor

UMNO Tidak Pernah Keluar Surat Sokong Anwar Jadi PM – SUK UMNO

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button