Nizar Najib ingatkan ‘penunggang’ usah guna nama Najib Razak

Nizar Najib ingatkan ‘penunggang’ usah guna nama Najib Razak

 

Nizar Najib ingatkan 'penunggang' usah guna nama Najib Razak

Anak sulung Dato Sri Najib Razak, Dato Nizar Najib mengingatkan kepada para ‘penunggang’ usah guna nama Ayahanda beliau untuk meraih populariti atau mempengaruhi para penyokong Najib Razak.



Nizar menyatakan demikian sebagai respon kepada individu yang mengakui beliau sebagai ‘Ketua Penyokong Najib’ yang menyeru penyokong Najib Razak supaya mengundi Perikatan Nasional pada PRN 12 Ogos nanti.

Seorang lagi anak Najib, Dato Nazifuddin pernah mengeluarkan kenyataan sama kepada mereka yang menggunakan nama Ayahanda mereka sebagai platform mencari pengaruh.

Nizar kesal dengan cara seorang individu yang menggunakan nama Ayahanda beliau dan mengingatkan Najib merupakan ‘Party Man’ dan tidak pernah mengeluarkan sebarang arahan untuk para penyokongnya mengundi Perikatan Nasional.

Spekulasi netizen berkaitan individu yang menggunakan nama Najib menerima ‘laba’ dari pihak tertentu mula tersebar. Sejauh mana kesahihan individu tersebut menerima ‘laba’ tidak diketahui.



Oleh – Ku Zairi Ku Kamal


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

PN Akan PECAH Sebab Bayan Lepas



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button